Connect with us

Mobile Legends

Liga MPL Indonesia Musim Kelima tawar RM1.2 juta

Published

on

JAKARTA – Liga profesional Mobile Legends : Bang Bang (MPL) Indonesia Musim Kelima menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak 4 billion rupiah  iaitu kira-kira RM1.2 juta.

Sebanyak lapan pasukan akan bertanding dalam musim itu iaitu: 

  • ALTER EGO ESPORTS
  • Aura
  • Bigetron Alpha
  • EVOS Legends
  • Geek Fam ID
  • Genflix Aerowolf
  • ONIC E-SPORTS
  • Rex Regum Qeon

Pada musim MPL Indonesia kali ini, Moonton komited untuk meluaskan lagi akses untuk menonton liga tersebut kepada beberapa platform termasuk media tradisional.

MPL Indonesia akan disiarkan secara langsung di Facebook, Nimo TV, Facebook dan sekurang-kurangnya 16 perlawanan di kaca televisyen tempatan, Elshinta TV.

MPL Indonesia merupakan satu kejohanan terbesar dan paling berprestij bagi kategori mudah alih di Asia Tenggara.

Pada musim lalu, MPL Indonesia mula melakukan satu anjakan untuk membangunkan liga e-sukan berkonsepkan model francais pertama di Asia Tenggara.

Model francais tersebut dilihat mampu mengukuhkan komuniti e-sukan secara keseluruan dari segi pengagihan hasil, gaji dan keistimewaan lain kepada pasukan yang terlibat.

MPL Indonesia pada musim lalu juga mencatatkan jumlah tontonan kemuncak sebanyak 250,000 penonton di Facebook.

Sementara itu sebanyak 20,000 pengunjung telah direkodkan bagi menghadiri Tennis Indoor Senayan, Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia iaitu lokasi offline untuk menonton MPL Indonesia pada musim lalu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved