Connect with us

Mobile Legends

Kena pandai bersyukur dan sentiasa rendah diri – Daddyhood

Published

on

Seseorang itu akan dapat yang dia mahu jika melakukan perkar yang betul dan dengan niat yang betul, kata Daddyhood (kiri.). - Foto YouTube/Daddyhood

ADA dua perkara yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan seseorang jika mahu berjaya iaitu sentiasa tahu bersyukur dan merendah diri.

Itu nasihat pengurus organisasi e-sukan popular tanah air, Team Bosskurr, Nureddy Nursal atau sedang dikenali sebagai Daddyhood.

Daddyhood berkata demikian dalam satu video YouTube yang baru dimuat naik semalam.

Menerusi video Kereta Seorang Maharaja Soloz itu, Daddyhood bersama beberapa ahli Team Bosskurr termasuk Faris Zakaria (Soloz) dan Zulfikar Kene (Obot) dilihat sedang melawat sebuah kedai pengedar kereta import di Bangsar.

Menurut Daddyhood, mereka sedang mencuba dan melihat kereta-kereta yang tersedia.

Antara kereta yang dicuba termasuk Ford Mustang Shelby.

“Jadi ini adalah kereta Soloz sebab dia tidak mahu terlalu bising,”kata Daddyhood sambil mencuba kereta Ford Mustang Shelby itu.

Daddyhood turut berkongsikan beberapa nasihat untuk peminat dan penyokong Bosskurr terutama bagi mereka yang meminati permainan video.

Jelas Daddyhood: “Apa yang kita buat, kita kena percaya.

“Jika kau percaya kau boleh buat, kau boleh buat, asalkan kerja keras. Nasihat saya, jadilah apa yang anda mahu jadi, tapi kena pandai bersyukur dan sentiasa rendah diri.

Gamers tak semestinya perlu biasa-biasa seperti orang lain kata. Pakailah apa yang anda mahu pakai. Kalau buat benda yang betul, niat betul, kita akan dapat apa yang kita nak,” kata Daddyhood.

Tonton video penuh di YouTube Daddyhood di sini:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved