Connect with us

Mobile Legends

Anak jati KL, Nelson Woon raih Anugerah Pekerja Terbaik Moonton

Published

on

Foto: Facebook / Mobile Legends

KUALA LUMPUR – Pengurus Pemasaran Asia Tenggara bagi pembangun e-sukan Mobile Legends : Bang Bang (Mobile Legends),Moonton, Nelson Woon meraih Anugerah Pekerja Terbaik pada awal Januari lalu.

Nelson yang menyertai Moonton pada Oktober 2018 berkata pencapaian itu sangat bermakna dalam perjalanan kariernya.

“Saya ingin berterima kasih kepada keluarga saya, kekasih saya Michelle Chan, rakan-rakan di Moonton dan rakan kongsi perniagaan saya.

“Saya berharap agar Mobile Legends dapat berkembang dengan lebih kukuh, terutama di Asia Tenggara.

“Kami di Mobile Legends bekerja keras untuk melabur dan bekerja rapat dengan rakan-rakan kongsi, persekutuan e-sukan dan kerajaan untuk membangunkan industri e-sukan di Asia Tenggara.

“Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada semua komunit dalam usaha untuk membangunkan Mobile Legends sebagai satu e-sukan,” kata Nelson kepada What’s The Meta Today.

Peranan Nelson dalam Moonton adalah memimpin bahagian pemasaran Asia Tenggara dan membantu dalam bahagian penjenamaan syarikat itu di rantau itu.

Sebelum ini, Nelson turut memperkenalkan program “Hero Komuniti” dan “Pemimpin Pelajar Moonton” di Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan Kemboja.

Selain itu, Nelson juga mengetuai kempen 515 dan Persidangan Global Moonton yang pertama iaitu Moonton Epicon 2019.

Antara pencapaian Nelson bersama Moonton juga termasuk penghasilan hero Badang.

“Tiada komuniti, tiadalah Mobile Legends. Kami sangat menghargai sokongan dan maklum balas anda semua kepada Mobile Legends.

“Disebabkan itu, kami akan memberi tumpuan kepada pengalaman penyetempatan kepada pengguna Mobile Legends.

“Kami tahu kami tidak sempurna, tapi kerana komuniti kami mempunyai peluang untuk belajar, mengadaptasi dan memperbaiki mutu kami di Moonton.

Jelas Nelson, Mobile Legends dapat membangun dengan lebih kukuh kerana kekuatan komuniti itu sendiri.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved