Connect with us

PUBG Mobile

VSPN, Tencent benarkan Erynn Bapak Ah Esports ganti Smokey – AROV

Published

on

Berikutan kes kecemasan yang dihadapi Smokey, VSPN dan Tencent benarkan Arov Esports untuk menggunakan perkhidmatan Erynn sebagai pemain keempat AROV di PMCO. - Foto Instagram Erynn

PENGURUS dan jurulatih pasukan PUBG Mobile tanah air Bapak Ah Esports (Bapak Ah), Izzat Abdul Aziz (Erynn) sah bakal menggantikan tempat Mohamad Umarul Hakimi (Smokey) untuk bermain bagi pasukan AROV Esports di kejohanan antarabangsa PMCO Fall Split Shanghai, China.

Menurut pengurus AROV Esports, Danial Rusli, penganjur kejohanan VSPN dan Tencent telah memberi kebenaran dan peluang bagi Erynn untuk bermain sebagai pemain keempat pasukan itu.

“Berikutan kes kecemasan yang dihadapi Smokey, VSPN dan Tencent benarkan kami untuk menggunakan perkhidmatan Erynn sebagai pemain keempat AROV di PMCO. Tambahan lagi, kes berkenaan

“Erynn akan bermain untuk AROV Esports bermula pada hari keenam pada minggu ketiga sehingga berakhirnya liga PMCO ini iaitu pada 13 Oktobor.

“Terima kasih kepada Tencent dan VSPN kerana telah memberi peluang kepada kami untuk meneruskan perjuangan di kejohanan Asia Tenggara ini.

“Terima kasih juga kepada pengurus organisasi e-sukan Bapak Ah, MasterRamen kerana sudi membantu kami,” katanya kepada What’s The Meta.

Semalam bapa kepada Smokey dilaporkan menghidap kanser tahap empat.

Pengurus AROV Esports, Danial Rusli berkata, Smokey yang ketika ini berada di Shanghai, China akan pulang terus ke tanah air pada malam semalam.

Jelasnya, keadaan bapa Smokey kini berada dalam keadaan terkawal namun masih memerlukan pemantauan doktor.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved