Connect with us

PUBG Mobile

PMCO: Tidak mahu siakan peluang, Erynn mahu bantu rakan, harumkan nama Malaysia

Published

on

ERYNN: Semua pemain mempunyai satu matlamat, iaitu menjadi juara dunia. Peluang macam ni tidak selalu datang, saya akan cuba bermain sebaik mungkin untuk mencapai impian ke peringkat global. - Foto Instagram / Erynn

MEMANG satu peluang di luar jangkaan bagi pengurus dan jurulatih pasukan PUBG Mobile tanah air Bapak Ah Esports (Bapak Ah), Izzat Abdul Aziz (Erynn) untuk beraksi sekali di kejohanan antarabangsa PMCO Fall Split Shanghai, China 2019.

Erynn berkata dia mempunyai matlamat yang sama seperti pemain PUBG Mobile lain, iaitu untuk menjadi juara dunia.

“Saya memang rasa sangat gembira. Pada mulanya saya ingatkan Boyka (Kapten AROV Esports) bergurau.

“Kemudian dia menerangkan apa yang terjadi dan saya meminta Boyka meminta persetujuan Master Ramen, pengasas pasukan Bapak Ah jika dibenarkan.

“Setelah membuat mengadakan perbincangan dan persetujuan dengan pihak terlibat, atas niat untuk membantu kawan dan semangat mahu mengharumkan nama Malaysia, saya menggantikan tempat Smokey.

“Semua pemain mempunyai satu matlamat, iaitu menjadi juara dunia. Peluang macam ni tidak selalu datang, saya akan cuba bermain sebaik mungkin untuk mencapai impian ke peringkat global,” katanya kepada What’s The Meta.

Semalam, penganjur PMCO Fall Split 2019 Shanghai China, VSPN dan Tencent secara rasmi membenarkan Erynn untuk menggantikan tempat pemain AROV Esports,Mohamad Umarul Hakimi (Smokey)  yang terpaksa pulang ke tanah air berikutan keadaan bapanya yang dilaporkan menghidapi kanser tahap 4.

Menurut pengurus AROV Esports, Danial Rusli Erynn akan bermain untuk AROV Esports bermula pada hari keenam pada minggu ketiga sehingga berakhirnya liga PMCO ini iaitu pada 13 Oktobor.

Ini merupakan kemunculan kedua Erynn di pentas Asia Tenggara ini apabila dia sebelum ini pernah beraksi untuk pasukan Junior Talent pada PMCO musim bunga Mei lalu.

Sementara itu, keadaan bapa Smokey berada dalam keadaan terkawal namun masih memerlukan pemantauan doktor.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved