PUBG Mobile
PMCO: AROV raih Chicken Dinner pertama

AKHIRNYA. Pasukan kompetitif PUBG Mobile tanah air, AROV Esports meraih mata kemenangan Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) yang pertama dalam Liga PMCO Asia Tenggara Fall Split di Shanghai, China pada hari ini.
AROV meraih mata itu menerusi peta Vikendi seketika tadi, pada hari ke-19 liga.
Sementara itu, kapten pasukan AROV, Boyka turut dipilih sebagai Pemain Terbaik (Man of The Match) pada pusingan itu, dengan 6 mata bunuh, memberi kesan musnah sebanyak 980 mata dan mampu bertahan sehingga 30 minit, 12 saat.

Sebelum ini, AROV melalui pelbagai cabaran yang di luar dugaan dalam persiapan dan ketika menghidapi kejohanan antarabangsa itu.
Antaranya baru-baru ini, apabila salah seorang pemainnya,Mohamad Umarul Hakimi (Smokey) terpaksa pulang ke tanah air berikutan keadaan ayahnya yang menghidapi kanser tahap empat.
Slot Smokey bagaimanapun diisi pengurus dan jurulatih Bapak Ah Esports Izzat Abdul Aziz (Erynn) selepas mendapat kebenaran penganjur VSPN dan pembangun e-sukan PUBG Mobile, Tencent.
BERITA LANJUT MENYUSUL.