Connect with us

PUBG Mobile

Jangan sorak ketika menang kalau tak mampu sokong ketika kalah – Boyka

Published

on

BOYKA: Terima kasih kepada mereka yang sentiasa memberi sokongan tanpa putus kepada AROV Esports. - Foto YouTube / PUBG Mobile

“SEBELUM perlawanan bermula, memang saya dapat berasakan sesuatu akan berlaku. Jantung saya berdegup dengan sangat laju. Rupanya memang ia Chicken Dinner.”

Itu kata-kata dari kapten pasukan kompetitif PUBG Mobile AROV Esports, Khairunnazri Masli atau senang dikenali sebagai Boyka di gelanggang arena maya. 

Jelasnya, dia bersyukur dengan sokongan yang diberikan peminat dan komuniti e-sukan terhadapnya dan AROV Esports.

“Jangan bersorak ketika menang, kalau tidak boleh menyokong ketika kalah.

“Terima kasih kepada mereka yang sentiasa memberi sokongan tanpa putus kepada AROV Esports. AROV Sapu!” kata Boyka selepas meraih Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) yang pertama dalam Liga PMCO Asia Tenggara Fall Split di Shanghai, China  pada Selasa lalu.

AROV meraih mata itu menerusi peta Vikendi pada hari ke-19 liga.

Sementara itu, Boyka turut dipilih sebagai Pemain Terbaik (Man of The Match) pada pusingan itu, dengan 6 mata bunuh, memberi kesan musnah sebanyak 980 mata dan mampu bertahan sehingga 30 minit, 12 saat.

Sebelum ini, AROV melalui pelbagai cabaran yang di luar dugaan dalam persiapan dan ketika menghidapi kejohanan antarabangsa itu.

Antaranya baru-baru ini, apabila salah seorang pemainnya,Mohamad Umarul Hakimi (Smokey) terpaksa pulang ke tanah air berikutan keadaan ayahnya yang menghidapi kanser tahap empat.

Slot Smokey bagaimanapun diisi pengurus dan jurulatih Bapak Ah Esports Izzat Abdul Aziz (Erynn) selepas mendapat kebenaran penganjur VSPN dan pembangun e-sukan PUBG Mobile, Tencent.

Mengulas mengenai isu itu, Boyka berkata dia lebih mementingkan semangat sepasukan dalam AROV Esports.

“Ramai pemain yang berbakat di luar sana. Ramai yang boleh main. Namun kalau tiada kerjasama, memang tidak akan menjadi (sesuatu pasukan itu). 

“Jadi dalam AROV Esport, kami memang sangat mementingkan kerjasama dalam pasukan,” kata Boyka.

Boyka juga berkata, dia mensasarkan sekurang-kurangya kedudukan 16 teratas dalam Liga PMCO Asia Tenggara Fall Split kali ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WTM Media Sdn. Bhd. Company No: 202501057013 (1658419-U) All Rights Reserved