Connect with us

PUBG Mobile

PMCO: Bapa hadapi kanser tahap 4, Smokey AROV pulang ke Malaysia malam ini

Published

on

Pemain kompetitif pasukan AROV Esports Smokey ketika ini berada di Shanghai, China bagi menyertai kejohanan PMCO akan pulang terus ke tanah air pada malam ini juga. - Foto VSPN

BAPA kepada pemain kompetitif pasukan AROV Esports yang kini beraksi di pentas antarabangsa PMCO Asia Tenggara Fall Split, Mohamad Umarul Hakimi (Smokey) dilaporkan menghidap kanser tahap empat.

Pengurus AROV Esports, Danial Rusli berkata, Smokey yang ketika ini berada di Shanghai, China akan pulang terus ke tanah air pada malam ini juga.

“Smokey akan pulang ke Malaysia secepat mungkin kerana ayahnya menghidapi kanser tahap empat.

“Marilah kita berdoa untuk kesejahteraan ayahnya supaya cepat sembuh,” kata Danial.

Menurut Danial, dengan ketiadaan Smokey, AROV Esports akan bermain dengan tiga pemain sahaja ketika ini di PMCO.

Sebelum ini, Smokey terpilih sebagai Pemain Terbaik (Man of The Match) berikutan prestasinya yang sangat baik pada pusingan kelima hari keenam PMCO.

Pada pusingan itu, Smokey meraih 7 mata bunuh, memberi kesan musnah sebanyak 728 mata dan mampu bertahan sehingga 28 minit dan 8 saat.

Sebelum bergelar seorang atlet kompetitif PUBG Mobile, Smokey juga merupakan seorang atlet sukan futsal dan pernah bermain untuk Malaysia Premier Futsal League (MPFL).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved