Connect with us

PUBG Mobile

“Tidak mustahil jika ada pasukan wanita Malaysia dapat ke PMCO” – ChuChu

Published

on

Pengulas e-sukan Andriyana Mohamed Ghazali (ChuChu) berpendapat, pemain-pemain kompetitif PUBG Mobile wanita perlu lebih berani dan perlu kerap menyertai kejohanan yang ada bagi mematangkan skil bermain. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

PUTRAJAYA – Pemain-pemain kompetitif PUBG Mobile wanita di negara ini dilihat mempunyai potensi besar yang perlu digilap sepenuhnya untuk bersaing di pentas antarabangsa.

Pengulas e-sukan Andriyana Mohamed Ghazali (ChuChu) berkata berdasarkan mutu persembahan yang ditonjolkan setiap pemain dalam kejohanan PUBG Mobile Wanita 2019 baru-baru ini, tidak mustahil jika pada satu hari ada di antara mereka mampu ke Kejohanan PUBG Mobile Club Open (PMCO).

“Mereka punya bakat yang perlu diasah sebaik-baiknya. Contohnya pada corak permainan mereka pada pusingan akhir menunjukkan setiap dari mereka haus untuk mengejar mata kemenangan.

“Mereka nampak berkeyakinan untuk menang dan mendapatkan Chicken Dinner. Mereka memperlihatkan strategi yang jarang kita nampak.

“Pasukan yang pada mulanya bermain secara takut-takut, kemudian secara tiba-tiba menjadi sangat berani. Ada yang sebelum ini sedikit pasif dan senyap, tiba-tiba menjadi sangat agresif,” kata Chuchu ketika ditemui What’s The Meta selepas selesai berlangsung Kejohanan PUBG Mobile Wanita 2019 di IOI Mall Putrajaya pada Selasa.

Kejohanan itu menyaksikan Orange Esports Hera muncul sebagai juara manakala Powerpuff Girs (PPG) berada di tempat kedua.

Ubah cara berfikir, keluar dari tapuk yang lama

Sementara itu, ChuChu mengharapkan agar setiap pemain wanita melatih diri mempunyai pemikiran yang baharu untuk tidak gentar berdepan dengan pemain lelaki.

Jelas ChuChu, pemain-pemain wanita perlu menyertai lebih banyak kejohanan terbuka untuk mematangkan corak permainan dan memupuk daya keyakinan diri.

“Jangan takut nak lawan dengan pemain lelaki jika anda berada dalam dunia kompetitif. Kalau mahu jadi lagi bagus, perlu berdepan dengan pemain-pemain yang mempunyai skil yang lagi tinggi.

“Banyakkan lagi masuk kejohanan tidak kisahlah jika hadiah wang terkumpulnya besar atau tidak. Jika kita berada di tapuk yang lama, kita tidak akan ke mana,” kata ChuChu.

ChuChu merupakan salah seorang pengulas e-sukan tersohor dalam negara ini dan pernah menjadi penganalisis dan mengulas kejohanan-kejohanan e-sukan di peringkat antarabangsa seperti PMCO Asia Tenggara Spring Split pada Mei lalu di Shanghai China.

ChuChu juga aktif melakukan penstriman langsung di Facebooknya, yang kini mempunyai 139,000 pengikut.

ChuChu juga berpendapat perlu lebih banyak kejohanan PUBG Mobile perlu diadakan di Malaysia sama ada bagi kategori terbuka atau wanita sahaja bagi melatih bakat-bakat baharu dan pemain amatur untuk melatih skil mereka.

“Saya mengharapkan pasukan-pasukan ini untuk kerap lagi menyertai kejohanan. Dapatkan banyak pengalaman, itu yang paling penting,” katanya.


Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved