Connect with us

PUBG Mobile

Angel Bosskurr Reshuffle: “Pintu selalu terbuka kalau betul-betul bersedia”- Daddyhood

Published

on

Angel Bosskurr mengumumkan penukaran jadual pemainnya apabila Miss Farr, Reen dan Baby tidak lagi bersama mereka.

KUALA LUMPUR – “Pintu (Angel Bosskurr) selalu terbuka kalau betul-betul bersedia dan komited. Selamat maju jaya Miss Farr, Baby dan Reen.”

Itu ucapan ringkas pengurus Bosskurr Gaming (Bosskurr) Nureddy Nursal (Daddyhood) berhubung pengumuman pertukaran pemain Angel Bossskur yang melibatkan Miss Farr, Reen dan Baby pada tengah hari tadi.

“Pintu dan ruang selalu ada. Kalau komitmen boleh diberikan sebanyak 100 peratus untuk Bosskurr, kami akan berikan 200 peratus,” kata Daddyhood.

Pada pagi tadi, Angel Bosskurr mengumumkan penukaran jadual pemainnya apabila Miss Farr, Reen dan Baby tidak lagi bersama mereka.

Pengasas Angel Bosskurr, Sharina Richie berkata kriteria untuk menjadi sebahagian daripada Angel Bosskurr adalah lebih dari sekadar mempunyai skil dalam bermain e-sukan.

“Kami di Angel Bosskurr mahukan yang terbaik untuk semua. Selain skil dan corak permainan, kami juga mementingkan karakter dan perwatakan seseorang pemain.

“Kami juga sentiasa mengharapkan penglibatan wanita dalam e-sukan semakin terus maju dan berkembang. Oleh itu, kami percaya lebih banyak semangat positif diperlukan dari pemain untuk berkembang sebagai satu keluarga Angel Bosskurr dan Bosskurr.


“Kami mengucapkan selamat maju jaya bagi Miss Farr, Reen dan Baby. Mari terus memberi sokongan kepada satu sama lain sebagai satu keluarga dalam industri e-sukan,“ katanya.

Menerusi tiga kekosongan itu, Angel Bosskurr menerusi jurulatihnya Agus Rian kini sedang meninjau bakat-bakat baharu untuk pasukan kompetitif PUBG Mobile.

Sementara itu, Angel Bosskurr juga mengharapkan kepada orang ramai dan penggiat e-sukan supaya tidak menyebarkan sebarang ura-ura tidak rasmi.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved