Mobile Legends
Video raya Mobile Legends yang sangat ‘syahdu’
KUALA LUMPUR – Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) telah melancarkan satu tayangan video sempena Hari Raya Aidilfitri pada semalam.
Video yang bertajuk ‘Sesuci Kenangan Lalu’ menampilkan pengulas e-sukan Radzi Rahman (Ikuto) bersama penyiar (streamer) permainan video Adam Faiz (SparTankeR) serta Pengurus Pemasaran MLBB Malaysia Arif Shahir Mohd Asri.
Ia berkisahkan mengenai seorang bapa bersama dua orang anak lelakinya dalam menempuhi Ramadhan mereka.
Video yang berdurasi 4 minit 52 saat itu dilihat ingin mengetengahkan mesej untuk meluangkan masa bersama keluarga meski sibuk bekerja seharian.
Sejak dilancarkan malam tadi, video tersebut mendapat 35,671 tontonan, 536 perkongsian dan 252 komen.
