Connect with us

Mobile Legends

Mobile Legends: Pentas epik antarabangsa MSC kembali, 12 pasukan rebut RM500,000

Published

on

PERTEMPURAN epik antara pasukan-pasukan terbaik Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Asia Tenggara kini kembali buat edisi ketiga yang menyaksikan 9 negara bertempur untuk memburu gelaran terbaik rantau ini.

Kejohanan Piala Mobile Legends Asia Tenggara (MSC) bakal menyaksikan 12 pasukan rantau ini memburu hadiah wang terkumpul kira-kira RM500,000 (USD$120,000).

MSC yang bakal berlangsung di SMART Araneta Coliseum, Manila Filipina itu menyaksikan penglibatan pasukan-pasukan MLBB terbaik dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Myanmar, Thailand, Laos, Vietnam, dan Kemboja.

Menurut laporan saluran e-sukan eGG Network, berikut adalah senarai pasukan yang layak ke MSC:

Malaysia

Geek Fam

Indonesia

  • Onic Esports 
  • Louvre Esports 

Singapura

EVOS Esports SG

Myanmar

  • Team Resolution
  • Burmese Ghouls

Filipina

  • Arkangel
  • Bren Esports

Laos

Wawa Gaming

Thailand

IDNS Esports

Kemboja

Diversity Helheim

Vietnam

Overclockers

Kejohanan akan bermula dengan pusingan peringkat kumpulan pada 19 dan 20 Jun nanti. Cabutan untuk pembahagian akan dilakukan pada 4 Jun.

Sementara itu bagi pusingan kalah mati akan berlangsung pada 21 sehingga 23 Jun.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved