Connect with us

Mobile Legends

MGC: TODAK muncul juara, bawa pulang RM18,000

Published

on

Pasukan Todak ketika meraikan kemenangan pada final.

DAMANSARA – Pasukan Mobile Legends : Bang Bang (MLBB) tanah air, Todak muncul juara Kejohanan Mobile Legends (MGC 2019) seketika tadi selepas menumpaskan pasukan BOSS PUSHER pada final.

Menerusi kemenangan 2-1 itu, membawa pulang hadiah wang tunai RM18,000 dan 25,000 mata Diamonds MLBB.

Kapten pasukan Todak, Muhammad Rifhan Mohd Riza (Hangus) berkata dia sangat kagum dengan pencapaian barisan baharu pemainnya dalam kejohanan itu.

“Perasaan sememangnya terharu sebab saya sendiri inginkan satu kejayaan.

“Secara peribadi, ini pencapaian paling besar untuk saya. Barisan baharu pemain-pemain Todak kali ini memang terbaik. 

“Saya percayakan mereka 100 peratus. Alhamdulillah, mereka juara untuk kejohanan ini,” kata Hangus kepada WTM Today selepas selesai majlis pemberian hadiah kepada pemenang-pemenang kejohanan MGC yang berlangsung di Atria Shopping Gallery, Damansara Jaya, pada Ahad.

Selain Hangus, pasukan Todak terdiri daripada Moon, Xray, Lychee, Ciku, Nenas, Eone dan Ashi sebagai pengurus.

3 pasukan teratas dalam Kejohanan MLBB Geek. Foto: WTM Today / Mariah Ahmad

Todak sebelum ini melalui beberapa pusingan kelayakan dalam talian bersama kira-kira 500 pasukan yang lain sebelum berjaya melangkah ke Grand Final MCG 2019.

Sementara itu bagi pasukan BOSS PUSHER yang diketuai pemain MLBB popular tanah air, Herwin Baharuddin (Rush) yang menduduki kedudukan kedua kejohanan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 dan 15,000 mata Diamonds MLBB.

Bagi tempat ketiga yang diraih Shopee Bosskurr pula membawa pulang hadiah wang tunai RM3,500 dan 10,000 mata Diamonds MLBB. 

Tempat keempat pula disandang pasukan Red Phoenix dan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan 5,000 mata Diamonds MLBB.

Grand Final MGC itu turut menyaksikan pemain kompetitif MLBB daripada Shopee Bosskurr Ahmad Fuad Razali (Fredo) dan Mohd Amirul Aiman Mohammad Kamal (Laphel) membuat kemunculan istimewa sebagai pengulas.

Fredo (kiri) bersama Laphel ketika mengulas pada Grand Final MGC.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved