Connect with us

Mobile Legends

Clash of Champions: Geek Fam mara ke semi final

Published

on

Geek Fam menjadi wakil Malaysia bagi kejohanan Clash of Champions. Foto: mysg.mpl.mobilelegends.com

PASUKAN Mobile Legends tanah air Geek Fam mara ke semi final kejohanan antarabangsa Clash of Champions Asia Tenggara yang sedang berlangsung di Singapura ketika ini.

Geek Fam yang berada di kumpulan B semalam berjaya mengekalkan kedudukan dua teratas dalam peringkat kumpulan tersebut selepas menewaskan pasukan Myanmar Burmese Ghouls pada pusingan pertama meskipun tewas kepada pasukan Singapura EVOS Esports SG (EVOS) pada pusingan kedua.

Kedudukan peringkat kumpulan semalam. Foto Facebook / Reddentes Sports

ICYMI: Geek Fam wakil Malaysia ke Clash of Champions Asia Tenggara

Selain Geek Fam yang mewakili Malaysia, EVOS yang mewakili Singapura turut mara ke semi final selepas berada di kedudukan paling atas kumpulan B, lepas menewaskan Geek Fam dan Burmese Ghouls.

Sementara itu bagi kumpulan A pasukan Indonesia Rex Regum Qeon (PSG.RRQ) dan pasukan Filipina, Cignal Ultra turut mara ke semi final yang akan berlangsung hari ini.

Kejohanan Clash of Champions berlangsung sejak semalam dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM45,000.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved