Connect with us

Mobile Legends

MGC: MoonChild ganti Geek Fam, buru hadiah terkumpul RM50,000

Published

on

MoonChild dijemput untuk berentap dalam Kejohanan Geek Mobile Legends. - Foto Geek Events

KUALA LUMPUR – Pasukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dari Sabah, MoonChild bakal menggantikan slot juara Liga Profesional (MPL) Malaysia dan Singapura musim ketiga Geek Fam dalam kejohanan Geek (MGC) 2019 pada 18 dan 19 Mei nanti.

Kapten MoonChild, Mohamad Affendi Chua Abdullah berkata pasukan mereka sememangnya teruja dan bersyukur dengan peluang yang diberikan untuk menyertai kejohanan yang menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM50,000.

Harapan kami adalah untuk memberikan sehabis baik kerana ini merupakan pertama kami dijemput ke kejohanan yag besar.

“Disebabkan Geek Fam perlu menghadiri kejohanan Clash of Champions di Singapura, mereka memberikan slot ini kepada kami sebagai tanda penghargaan,” kata Affendi ketika dihubungi WTM Today pada Rabu.

Pada 10 Mei lalu, Geek Fam umum terpaksa mengundur diri daripada menyertai MGC kerana mereka bakal ke Singapura pada hari yang sama untuk berentap dengan pasukan-pasukan gergasi Asia Tenggara dalam kejohanan Clash of Champions di Singapura.

Kejohanan yang dianjurkan Reddentes Sports itu bakal disertai PSG RRQ (Indonesia), Team Flash (Indonesia), Cignal Ultra (Filipina) Burmese Ghouls (Myanmar) dan EVOS Esports SG (Singapura).

BACA: Geek Fam wakil Malaysia ke Clash of Champions Asia Tenggara

Sementara itu, bagi penganjur kejohanan MGC, Geek Events, keputusan untuk menjemput dan menaja MoonChild adalah berikutan keupayaan dan skil pemain-pemain muda dalam pasukan itu.

“Geek Events percaya bakat-bakat e-sukan Malaysia berbaloi untuk disokong dan dilaburkan. 

“Jadi kami membuat keputusan untuk menaja MoonChild untuk menyertai MGC berikutan keupayaan mereka yang ditonjolkan sebagai sebuah pasukan yang terdiri daripada pemain-pemain muda.

“Kami percaya, mana-mana atlet e-sukan yang menunjukkan minat mendalam wajar diberikan peluang untuk bertarung, tidak kisahlah lokasi dan latar belakang mereka. Kami berbesar hati untuk menyokong bakat-bakat muda yang semakin naik dalam industri e-sukan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berikut adalah senarai pemain MoonChild yang akan ke kejohanan tersebut: 

  • Mohamad Affendi Chua Abdullah
  • Ealtond Rayner
  • Syahrizam Mohd Amin
  • Mohamad Irwandy Lim
  • Kevin Loh

Kejohanan MGC bakal berlangsung pada hujung minggu ini di Atria Shopping Gallery Damansara Jaya.

Nama MoonChild sebelum ini mula meningkat naik ketika Acara Pemilihan Atlet-Atlet E-Sukan Ke Sukan SEA 2019 berlangsung pada April dan awal Mei lalu.

Dalam acara pemilihan yang mengumpulkan pasukan-pasukan Mobile Legends terbaik Malaysia, MoonChild berjaya meraih kedudukan enam teratas. 

Mereka sebelum itu mengungguli kedudukan paling atas dalam peringkat kumpulan B, berada di hadapan pasukan Team ICON yang mewakili Perlis, Lima Bosskurr (Terengganu) dan Red Phoenix (Selangor).

MoonChild kemudiannya mara ke pusingan kalah mati dengan bermula di pusingan Upper Bracket, menewaskan Xpax X-Assins 2-0.

Perjuangan mereka untuk mewakili Malaysia bagi acara e-sukan MLBB menemui titik noktah selepas tewas berturut-berturut dengan pasukan BOSS PUSHER (Melaka) 2-0 dan Red Warrior (Kelantan) 2-1 pada pusingan penentu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved