Connect with us

Mobile Legends

Geek Fam wakil Malaysia ke Clash of Champions Asia Tenggara

Published

on

Geek Fam bersama lima pasukan Asia Tenggara yang lain bakal merebut hadiah wang terkumpul RM45,000 dalam kejohanan itu. - Foto fail

JUARA Liga profesional Mobile Legends : Bang Bang (MPL) Musim Ketiga Malaysia dan Singapura Geek Fam bakal beraksi dalam satu kejohanan antarabangsa Clash of Champions Asia Tenggara pada 18 Mei nanti.

Geek Fam bersama lima pasukan Asia Tenggara yang lain bakal merebut hadiah wang terkumpul RM45,000 dalam kejohanan itu.

Kejohanan yang dianjurkan Reddentes Sports itu bakal disertai PSG RRQ (Indonesia), Team Flash (Indonesia), Cignal Ultra (Filipina) Burmese Ghouls (Myanmar) dan EVOS Esports SG (Singapura).

Menurut penganjur, Reddentes Sports, kejohanan itu boleh dilihat sebagai pentas ‘pratonton’ Sukan SEA 2019.

“Mereka adalah pasukan-pasukan terbaik daripada rantau ini dan Clash of Champions Asia Tenggara akan menjadi platform yang terbaik sebelum kejohanan Sukan SEA bermula di Filipina.

“Selain kejohanan, ada banyak lagi acara akan diadakan dan kami menyeru supaya lebih ramai peminat untuk hadir ke acara ini,” kata Rakan Pengurusan Reddentes Sports Yip Renkai.

Acara selama dua hari tersebut turut mengetengahkan perbincangan panel mengenai e-sukan dan peluang dalam industri yang sedang berkembang ini.

Perbincangan tersebut akan melibatkan wakil daripada Institut Sukan Belia Negara (NYSI), Team Flash, Informatics dan bakal membincangkan mengenai kerjaya dan progess serta sains sukan dalam e-sukan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved