Connect with us

Mobile Legends

Siapa bakal sertai Nash dalam Boss Trio?

Published

on

Nash merupakan antara nama yang cukup dikenali dalam arena penstriman langsung MLBB di Malaysia dan Singapura. - Foto Facebook / Nash Gaming

KUALA LUMPUR – Pemain Mobile Legends : Bang Bang (MLBB) Singapura yang bernaung di bawah Bosskurr Gaming, Nashrul Nizam (Nash) hari ini mengacah peminat mengenai pasukan terbaharu Boss Trio.

“Boss Trio? Boss baru? Wow, siapa yang akan ada di dalam barisan ini? Tekalah,” usik Nash dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Boss trio ? Boss baru ? wow , Siape yg akan ade dekat lineup ? Guess lah 🤔

Posted by NashGaming on Wednesday, 29 May 2019

Nash merupakan antara nama yang cukup dikenali dalam arena penstriman langsung MLBB di Malaysia dan Singapura.

Dia bermula berjinak dengan e-sukan MLBB pada musim ketujuh dan kini merupakan penyiar (streamer) permainan video sepenuh masa di platform Facebook.

“Masa dulu saya hanya main suka-suka. Saya ingat lagi penyiar permainan video yang saya selalu tonton iaitu Fatebruh yang memberi inspirasi kepada saya untuk ceburi bidang ini.

“Saya bermula dengan kosong tapi sekarang Alhamdulillah, ramai telah melihat kerja keras dan skil permainan saya. Sejak daripada itu saya mempunyai peminat daripada Malaysia, Indonesia dan Singapura.

“Saya berhenti kerja dan memulakan pentriman langsung selama tiga bulan tanpa kontrak. Kemudian, saya mendapat tahu mengenai program Facebook Gaming dan eGG Network, jadi saya mulakan karier saya dari situ,” katanya ketika dihubungi WTM Today hari ini.

Setakat hari ini, Nash mempunyai 88,000 pengikut di Facebooknya.

Selain melakukan penstriman langsung, Nash turut aktif menyertai kejohanan-kejohanan kecil MLBB. Dia juga pernah menyertai kejohanan MLBB Diamond Challenge Series dan meraih tempat ketiga.

Nash juga dipilih untuk menyediakan kandungan berkaitan permainan video untuk organisasi e-sukan Singapura, Flash Gaming.

Peminat cuba meneka siapa lagi akan menyertai Nash dalam pasukan Boss Trio.

Berikutan acahan Nash di Facebooknya itu turut mendapat perhatian peminat yang ingin mengetahui siapakah yang akan menyertainya dalam Boss Trio.

Kebanyakan daripada mereka menganggap bekas pemain NARA Esports SG seperti Kolia dan Fenrir akan sertai Boss Trio.

Ada juga yang beranggapan Trio bermaksud gabungan pemain-pemain dari tiga negara iaitu Singapura, Indonesia dan Brunei.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved