Connect with us

Mobile Legends

Bila ‘gamer’ jadi model baju raya Lima Waktu

Published

on

SATU iklan video baju raya daripada Jenama Slimfit Nombor 1 Malaysia, Lima Waktu menarik perhatian kalangan peminat e-sukan apabila ia menampilan sekumpulan atlet-atlet e-sukan dan penyiar (streamer) permainan video tanah air.

Video yang berdurasi 1 minit 15 saat itu menampilkan pemain-pemain e-sukan daripada pasukan popular Bosskurr Gaming seperti Ahmad Fuad Razali (Fredo), Andi Alfian Firman (Gripex), Herwin Baharuddin (Rush), Abdul Wandi ‘Logan’ Abdul Kadir, Sofian Sultan (Penjahat) dan Mohd Faris ‘Soloz’ Zakaria.

5 WAKTU X BOSSKURR

🌼 PHEW PHEW 🌼Auto merinding ?Auto ketawa melihat Obot ?Terperanjat dengan kemunculan double Aiman ?Banyak lagi cameo baru dalam 1 videoMacamana nak handsome ? Link kat bawahshopee.com/penmerahmallShout out to Battle Arena Malaysia too. Superb venue ❤️❤️❤️❤️

Posted by Team Bosskurr on Sunday, 26 May 2019

Selain itu, video tersebut turut menampilkan pengurus pasukan tersebut Nureddy Nursal (Daddy) dan penganalisis Bosskurr Gaming Mohd Amirul Aiman Mohammad Kamal (Laphel).

Sejak ia dimuat naik pada minggu lalu, ia telah mendapat 49,000 tontonan, 2,600 likes dan 424 perkongsiaan di Facebook.

Video tersebut mendapat pujian dalam kalangan peminat-peminat Bosskurr Gaming.

Bagi anda yang masih mencari baju raya pada saat-saat akhir boleh terus ke Butik Lima Waktu yang terletak di:

BUTIK LIMA WAKTU, G10 JALAN 8/35, SEKSYEN 8, 43650 BANDAR BARU BANGI SELANGOR .

Anda juga boleh melihat pilihan-pilihan baju yang menarik di Lima Waktu di Instagram dan Shopee.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved