Connect with us

Mobile Legends

U-TURN, 4 bekas pemain utama kembali sertai Todak

Published

on

Eone, Ciku, Moon, Xray kembali sertai Todak - Foto Facebook / Todak

BARU seminggu berita pembubaran semua pemain utama skuad Mobile Legends Todak, hari ini organisasi itu mengumumkan empat bekas pemainnya akan kembali menyertai pasukan itu.

Pengurus Mobile Legends Todak, Mohd Syazlan Mohd Rosdi (Ashi) berkata keputusan itu dilakukan selepas mengadakan perbincangan bersama pihak pengurusan organisasi itu.

Menurut Ashi, empat pemain yang akan meneruskan perjuangan Todak adalah Muhammad Danial Mohamad Fuad (Ciku), Zikry Shamsuddin (Moon), Muhammad Rizwan Abdullah (Eone) dan Mohmad Aiman Idris (Xray).

Ashi juga berkata Ciku akan bertindak sebagai kapten pasukan itu. Sebelum ini, posisi itu diberi tanggungjawab kepada Moon.

BACA: Peminat masih tak boleh ‘brain’ semua pemain Todak dilepaskan

Sementara itu, Ashi juga berkata dua lagi bekas pemain utama Todak iaitu Shahril Anuar Abdul Rasyid (Nenas) dan Muhammad Qayum Faez Abdullah (Qayyum) tidak akan kembali ke pasukan itu.

“Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Lychee dan Nenas atas segala penat lelah dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang bersama pasukan kami.

“Banyak pencapaian yang telah kami raih bersama.

“Tanpa sumbangan mereka, kami mungkin tidak akan berada di tahap ini,” kata Ashi dalam satu kenyataan pada malam tadi.

Sebelum ini, kesemua pemain utama Mobile Legends Todak yang pernah menjadi penyandang nombor tiga kejohanan dunia M1, dilepaskan berikutan prestasi yang tidak memuaskan pada Liga Profesional Malaysia dan Singapura (MPL MY/SG) yang lalu.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved