Connect with us

Mobile Legends

Todak cari pemain baharu Mobile Legends, sudi beli pemain pro skuad lain

Published

on

Adakah anda pemain Todak yang seterusnya? - Foto Todak

KUALA LUMPUR – Organisasi e-sukan tanah air, Todak kini mencari bakat-bakat baharu untuk menyertai skuad Mobile Legendsnya.

Menurut Todak, selain mengenal pasti bakat-bakat baharu, pihaknya juga sedang mengintai pemain-pemain Mobile Legends sedia dari pasukan profesional yang lain.

“Sekiranya ada mana-mana pasukan yang ingin membuat sebarang tawaran mengenai pertukaran atau pembelian pemain, kami sedia mendengar.

“Para peminat juga boleh mengemukakan cadangan pemain pemain yang anda rasa sesuai untuk mengisi kekosongan dalam barisan pemain kami,” kata Todak dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi anda yang berminat, boleh mengisi maklumat berkaitan di pautan ini: https://bit.ly/2zgNAQ9 atau boleh menghantar email kepada pengurus pasukan Mobile Legends Todak, Mohd Syazlan Mohd Rosdi (Ashi) di ashi@todak.com.

Pada Ahad lalu, Todak mengumumkan empat bekas pemainnya akan kembali menyertai skuad Mobile Legendsnya iaitu:

  • Muhammad Danial Mohamad Fuad (Ciku)
  • Zikry Shamsuddin (Moon)
  • Muhammad Rizwan Abdullah (Eone)
  • Mohmad Aiman Idris (Xray)

Antara pencapaian Todak setakat ini termasuk:

  • Naib Juara Grand Final ONE Esports Mobile Legends Invitational (Malaysia) 2020
  • Tempat Ketiga Kejohanan Dunia Mobile Legends (M1) 2019
  • Naib Juara Liga Profesional Mobile Legends Malaysia dan Singapura Musim Keempat 2019
  • Juara Kejohanan Mobile Legends Geek 2019

Jadi, adakah anda pemain seterusnya yang akan bersama #TodakLanggar?

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved