Connect with us

Mobile Legends

Jess No Limit bolot 3 Anugerah Mobile Legends 515 All Star eParty Indonesia

Published

on

Jess No Limit bersama Anugerah Mobile Legends 515 All Star eParty Indonesia yang dimenanginya baru-baru ini. - Foto YouTube / Jess No Limit

PERSONALITI e-sukan Indonesia Tobias Justin (Jess No Limit) membolot tiga Anugerah Mobile Legends 515 All Star eParty Indonesia pada hujung minggu lalu.

Jess No Limit membawa pulang Anugerah Personaliti Paling Popular, Anugerah Personaliti dengan Progres Terbaik dan Anugerah Personaliti Terbaik.

Menurut Jess No Limit, dia bersyukur dengan penghargaan yang diterima itu.

“Saya bersyukur kepada Tuhan dan berterima kasih kepada penyokong saya. Tanpa sokongan anda semua, saya tidak mungkin akan meraih anugerah ini.

“Anda memang sangat luar biasa. Saya bersyukur kerana anda menemani saya sejak yang membuka akaun YouTube. Sekarang perjalanan kita sudah menghampiri tiga tahun.

“Saya percaya kita akan dapat dengan apa yang kita lakukan, asalkan mempunyai niat yang baik, berusaha keras dan jangan lupa berdoa,” katanya dalam satu video penghargaan.

Jess No Limit bukan satu nama asing dalam arena Mobile Legends. Bekas pemain profesinal dari pasukan EVOS itu mempunyai 14.4 juta pengikut di YouTube ketika ini.

Anugerah Mobile Legends All Star merupakan sebahagian daripada acara tahunan 515 eParty yang meraikan pemain dan komuniti e-sukan itu.

Berikut adalah senarai penuh Anugerah Mobile Legends 515 All Star eParty Indonesia:

  • Pemain Mobile Legends Terbaik : Lemon (RRQ)
  • Pemain Rookie Mobile Legends Terbaik: Celibiy (Alter Ego)
  • Pengurus E-sukan Mobile Legends Terbaik : Angela Tan (Aerowolf)
  • Personaliti Penyiaran Mobile Legends Terbaik: Fauzianska Ramadhan (Ranger Emas)
  • Pengulas Mobile Legends Terbaik: Clara Mongstar
  • Personaliti Mobile Legends Paling Popular: Jess No Limit
  • Personaliti Mobile Legends Terbaik : Jess No Limit
  • Personaliti Mobile Legends dengan Progres Terbaik : Jess No Limit
  • Personaliti Mobile Legends Paling Kreatif : Kamea Am
  • Personaliti Baharu Mobile Legends TerbaiK: Listy Chan

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved