Connect with us

PUBG Mobile

U Mobile Master Series: The Farang Furious ‘buat hal’, cipta 3 rekod baharu

Published

on

PASUKAN PUBG Mobile tanah air The Farang Furious kembali mengganas dalam gelanggang maya dengan mencatat tiga rekod baharu dalam kejohanan U Mobile Master Series (UMMS) semalam.

The Farang Furious yang muncul sebagai juara UMMS Minggu Kelima, mencatat rekod baharu bagi Kutipan Mata Paling Banyak, Kutipan Mata Bunuh (kills) Paling Banyak dan Anugerah Penembak Jitu.

Pasukan itu mencatat 159 mata selepas lapan pusingan berlangsung dengan 73 kills.

Pemain The Farang Furious, R3fLecT, turut meleburkan rekod kills terbanyak yang dipegangnya sebelum ini iatu 28 kills.

Pada Grand Final UMMS semalam, R3fLecT mencipta rekod baharu iaitu 35 kills.

The Farang Furious juga dilihat sangat konsisten dalam corak permainannya apabila sering menjadi pencabar Chicken Dinner pada bulatan akhir.

Hasilnya, The Farang Furious berjaya mengutip dua Chicken Dinner secara keseluruhan pada semalam.

Berikut adalah keputusan penuh kutipan Chicken Dinner UMMS Minggu Kelima:

  • Peta 1 – Sanhok – Lanxii Woe
  • Peta 2 – Erangel – BAD Sleep Esports⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
  • Peta 3 – Vikendi – The Farang Furious
  • Peta 4 – Miramar – RMC Glazer⁣⁣⁣⁣⁣⁣
  • Peta 5 – Sanhok – Gank Esports⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
  • ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣Peta 6 – Erangel –  STC Romeo⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
  • Peta 7 – Vikendi – The Farang Furious
  • Peta 8 – Miramar – RMC Glazer⁣⁣⁣⁣⁣⁣

UMMS ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣dikuasakan oleh U Mobile⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣, dianjurkan IO Esports bersama rakan media rasmi What’s The Meta Today.

UMMS turut disokong Tencent Games, Lightspeed & Quantum.

Sebanyak RM700 hadiah tunai dan juga hadiah UC disediakan dalam kejohanan UMMS.

Selain itu hadiah tambahan UC akan diberikan kepada pemenang, jika seluruh ahli pasukan merupakan pelanggan U Mobile. Mereka akan mendapat 2x bonus UC! (contoh: 1050UC x 2 = 2100UC)⁣⁣

Bagi anda yang mahu menyertai UMMS yang seterusnya, nantikan pengumuman dari pihak penganjur.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved