Connect with us

PUBG Mobile

Peacekeeper Elite League 2020: XQF, 4AM terciduk, AG muncul juara, terbaik di China

Published

on

Foto: Weibo / PEL

PASUKAN profesional PUBG Mobile China All Gamers (AG) muncul sebagai juara Final Kejohanan Peacekeeper Elite League 2020 (PEL) seketika tadi.

AG yang erjaya mengumpul sebanyak 239 mata keseluruhan dengan 88 mata bunuh menewaskan pasukan-pasukan terkemuka seperti X Quest F (XQF) dan 4 AngryMan (4AM).

Menerusi kemenangan itu, AG membawa pulang kira-kira RM361,00 (AS$84,783).

AG berjaya mengumpul sebanyak 239 mata secara keseluruhan dengan 88 mata bunuh (kills), 20 mata di hadapan pasukan 4AM.

AG sebelum ini hanya mampu berpuas hati di kedudukan kedua terakhir pada peringkat liga PEL namun mampu membuktikan diri mereka sebagai ‘kuda hitam’ sehingga menjuarai kejohanan ini.

Ia seterusnya melenyapkan harapan pasukan pilihan seperti XQF dan 4AM untuk menjulang piala PEL.

AG dilihat bermain dengan konsisten sepanjang kejohanan berlangsung dengan mengumpulkan 69 mata pada hari pertama, 70 mata pada hari kedua, 53 mata pada hari ketiga dan 47 mata pada hari terakhir.

Pada hari terakhir kejohanan AG, berjaya mendapatkan kemenangan Chicken Dinner mereka yang kelima pada pusingan ke-16 dengan tiga mata bunuh.

Berikut adalah kutipan Chicken Dinner pada hari terakhir Final PEL:

  • Pusingan 16 (Miramar)- All Game (AG)
  • Pusingan 17 (Miramar) – AgFox
  • Pusingan 18 (Erangel) – Tianba
  • Pusingan 19 (Erangel) – XQF
  • Pusingan 20 (Erangel) – ELG

Sementara itu, penyandang tempat kedua pasukan 4AngryMen (4AM) membawa pulang kira-kira RM210, 000 (AS$49,457) apabila berjaya mengumpul 209 mata keseluruhan dan 104 mata bunuh.

Pasukan yang pernah menjuarai PEL 2019,XQF, hanya mampu berpuas hati di tempat ketiga dan membawa pulang jumlah wang tunai kira-kira RM120 000(AS$28, 261).

XQF hanya mampu mengumpul 199 mata kesuluruhan dengan 100 mata bunuh selepas 20 pusingan berlangsung.

XQF terkandas di Sosnovka

Foto: PEL / VSPN

Zon Kepulauan Pangkalan Ketenteraan Sosnovka menjadi lokasi penghalang XQF untuk menaiki carta dalam ranking Final PEL 2020.

Harapan pasukan pilihan XQF kabur setelah gagal merentasi sekatan jalan di jambatan Kepulauan Pangkalan Ketenteraan Sosnovka yang disekat pasukan Still Moving Under Gunfire (SMG) pada pusingan ke-18 dan pusingan terakhir.

Foto: PEL / VSPN

Dalam kedua-dua pertemuan, SMG berjaya mengutip beberapa mata bunuh dengan cara menyekat laluan jambatan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved