Connect with us

PUBG Mobile

Paraboy XQF pemain terbaik Peacekeeper Elite 2020, catat 306 kills

Published

on

Foto: VSPN Esports

PEMAIN Profesional PUBG Mobile X-Quest F (XQF) Zhu Bojun (Paraboy) dipilih sebagai penerima Anugerah Pemain Terbaik Liga Peacekeeper Elite (PEL) 2020.

Paraboy menerima anugerah liga itu berdasarkan mutu persembahannya yang konsisten sepanjang PEL 2020 diadakan, bermula di peringkat pra-musim, musim liga sehingga peringkat final PEL.

Dalam PEL 2020, Paraboy berjaya mengutip 306 mata bunuh (kills) dan mampu memberi 69,693 kesan bunuh.

Menurut statistik PEL 2020, Paraboy dilihat kerap menggunakan senjata M416 ketika kejohanan itu berlangsung.

BACA: Final Peacekeeper Elite League : XQF Paraboy breaks damage record

Foto: Instagram / Paraboy

Paraboy yang pernah merangkul gelaran Pemain Terbaik Final PMCO Musim Bunga juga berjaya memecahkan rekod Kesan Musnah Terbanyak dalam satu hari.

Dia mencatat rekod 4525 mata kemusnahan pada hari ketujuh Pusingan Kedua Peringkat Penyingkiran PEL 2020.

Pada Final PEL 2020, Paraboy dan XQF berjaya menduduki tempat kedua dengan 199 mata dan 82 kills.

XQF juga berjaya mendapat tempat kedua pada peringkat pra-musim dan tempat pertama pada peringkat musim liga.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved