Connect with us

PUBG Mobile

U Mobile Master Series PUBG Mobile semakin dapat tumpuan, catat rekod tontonan baharu

Published

on

KUALA LUMPUR – Kejohanan U Mobile Master Series PUBG Mobile (UMMS) kini mendapat tumpuan orang ramai apabila tontonan Facebooknya yang hanya mempunyai pengikut kira-kira 3,400 orang mencatat rekod tontonan serentak yang baharu.

Pada perlawanan Grand Final UMMS Minggu Keempat baru-baru ini, rekod tontonan serentak penstriman langsung meningkat kepada 1931 tontonan berbanding 1272 tontonan minggu sebelum itu.

Secara keseluruhan penstriman langsung Grand Final UMMS Minggu Keempat mendapat lebih 75,000 tontonan, 121 perkongsian dan 637 komen.

Grand Final UMMS Minggu Keempat turut menyaksikan pasukan Limited Edition munjul sebagai juara selepas berjaya mengutip 154 mata secara keseluruhan.

Kutipan markah itu merupakan yang terbanyak setakat ini sepanjang UMMS dijalankan.

Rekod itu juga pernah dicatatkan pasukan Pros Reborn pada minggu kedua UMMS.

Berikut adalah pemenang-pemenang UMMS setakat ini dengan jumlah mata kemenangan masing-masing.

  • Minggu 1: Last Survivor Pegasus – 139 mata
  • Minggu 2: Pros Reborn – 154 mata
  • Minggu 3: Belacan Gaming – 149 mata
  • Minggu 4: Limited Edition – 154 mata

Sementara itu rekod Anugerah Penembak Jitu secara keseluruhan pula menjadi milik pemain The Farang Furious, R3flect dengan rekod 28 kills.

UMMS ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣dikuasakan oleh U Mobile⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣, dianjurkan IO Esports bersama rakan media rasmi What’s The Meta Today.

UMMS turut disokong Tencent Games, Lightspeed & Quantum.

Sebanyak RM700 hadiah tunai dan juga hadiah UC disediakan dalam kejohanan UMMS. Sekiranya pasukan tiga teratas adalah pelanggan U Mobile, mereka akan mendapat bonus UC dua kali ganda. (Contoh: Pemenang 300UC x 2 = 600UC)⁣⁣⁣⁣⁣⁣

Bagi anda yang mahu menyertai UMMS yang seterusnya, pendaftaran minggu kelima akan dibuka jam 2 petang esok.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved