Connect with us

PUBG Mobile

Soul gagal ke PMWL, Mortal berazam tebus kekecewaan

Published

on

Foto: Instagram / Mortal

PASUKAN popular PUBG Mobile di India, Team SouL gagal ke kejohanan global Liga Dunia PUBG Mobile (PMWL) selepas hanya meraih kedudukan tempat ke-13 dalam Final Liga Profesional PUBG Mobile Asia Selatan (PMPL SA).

Kapten Team SouL Naman Sandeep Mathur (Mortal) berkata kegagalan pasukannya untuk melayakkan diri ke PMWL itu merupakan satu kekecewaan besar.

“Ini adalah satu detik kejatuhan Team SouL yang tidak dapat dielakkan. Tempoh enam bulan ini adalah waktu yang paling sukar tapi ia telah tamat dan kami tidak layak ke peringkat seterusnya.

“Kami pernah mencuba dan pernah jatuh, tapi kami memilih untuk terus ke hadapan.

“Walau bagaimanapun, ini adalah satu kejatuhan paling teruk sekali bagi Team SouL apabila ia tidak lagi mempunyai ruang untuk maju dalam perjuangan kali ini,” kata Mortal dalam satu kenyataan di Instagram pada pagi tadi.

Namun jelas Mortal, meski perjuangannya dan Team SouL untuk beraski di kejohanan global telah menemui penamatnya, dia berazam untuk menebus kekalahan itu.

“Hari baharu akan bermula esok. Kegagalan ini akan menjadi yang pertama dan terakhir bagi kami untuk mengecewakan anda.

“Saya tidak akan sama sekali lari dari peperangan ini. Team SouL akan terus berikan yang terbaik dalam perjuangan ini.

“Banyak perubahan akan dijangka berlaku bermula sekarang untuk kebaikan setiap pemain,” tambah Mortal.

Secara keseluruhan, Mortal dan Team Soul hanya mampu mengutip 95 mata dalam saingan Final PMPL SA tanpa Chicken Dinner.

Final PMPL SA menyaksikan pasukan bukan pilihan, Celtz muncul sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM170,000.

Menerusi kemenangan itu, Celtz berjaya mendapatkan slot ke PMWL Timur Musim 0.

PMWL dijangka akan berlangsung pada 10 Julai sehingga 9 Ogos bermula jam 8.30 malam waktu Malaysia.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved