Connect with us

Mobile Legends

Totaka 10s Gaming Plus akan buka akaun Facebook untuk peminat luar negara

Published

on

Nama Totaka dan 10s Gaming Plus mula meningkat naik selepas menunjukkan corak permainan yang menakjubkan pada Kejuaraan Dunia Mobile Legends, M1, baru-baru ini. - Foto What's The Meta

PEMAIN pasukan Mobile Legends Jepun, 10s Gaming Plus, Katayama Takayuki (Totaka) bakal membuka akaun media sosial Facebook pada masa akan datang.

Totaka yang berusia 21 tahun berkata, hasrat untuk membuka akaun media sosial itu adalah untuk berinteraksi lebih dengan peminat-peminat di luar negara.

“Tiba-tiba ramai orang mengikuti saya di laman sosial yang saya ada sekarang.

“Saya belum ada akaun Facebook, nanti saya akan lakukannya apabila pulang di Jepun nanti,” kata Totaka baru-baru ini.

Nama Totaka dan 10s Gaming Plus mula meningkat naik selepas menunjukkan corak permainan yang menakjubkan pada Kejuaraan Dunia Mobile Legends, M1, baru-baru ini terutama penggunaan meta (strategi) hero Rafaela dan Baxia.

Mereka juga mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi satu-satunya negara di luar Asia Tenggara yang layak ke Acara Utama kejohanan paling berprestij dalam arena e-sukan Mobile Legends itu.

Totaka bersama rakan-rakan sepasukannya 10s Gaming Plus berjaya meraih kedudukan ranking enam terbaik dunia dalam kejohanan M1 dan membawa hadiah wang tunai kira-kira RM33,000 (AS$8,000).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved