Connect with us

Mobile Legends

#PMCO2019: “Saya akan cuba yang terbaik” – Jumper

Published

on

JUMPER (kiri): Walaupun bakat saya tak seberapa tapi saya masih lagi diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab ini. InsyaAllah saya akan cuba yang terbaik. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

KUALA LUMPUR –  Bekas pemain kompetitif pasukan VIP Squad, Muhamad Izzrudin Hashim (Jumper) berhasrat untuk memberikan yang terbaik dengan tanggungjawab baharu yang diberikannya sebagai jurulatih sementara Yoodo Gank.

Jumper berkata meski khidmatnya hanya untuk tempoh Final Global Musim Luruh PUBG Mobile Club Open (PMCO) 2019, dia sangat menghargai dengan kepercayaan yang diberikan.

“Alhamdulillah saya amat berbesar hati kerana dapat ditawarkan menjadi jurulatih sementara bagi Yoodo Gank untuk Final Global PMCO yang akan berlangsung tidak lama lagi. 

“Walaupun bakat saya tak seberapa tapi saya masih lagi diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab ini. 

“InsyaAllah saya akan cuba yang terbaik untuk memantapkan lagi skil dan strategi yang memang sudah ada pada mereka. Teruskan memberi sokongan yang padu untuk pasukan malaysia,” katanya kepada What’s The Meta.

Selain itu, Jumper turut berkata dia masih bersama VIP Squad tapi bukan secara kompetitif.

“Apabila memasuki pertandingan selepas ini, saya tidak akan menggunakan nama VIP lagi. Saya mungkin akan membuat barisan pemain baharu atau menyertai mana-mana pasukan,” katanya.

Jumper yang merupakan bekas pemain VIP Squad sebelum ini terpilih sebagai pemain terbaik (MVP) bagi Kejohanan Grand Final PUBG Mobile Malaysia (PMNC) 2019 pada Julai lalu.

Dia dan VIP Squad juga layak ke Liga Asia Tenggara PMCO selama dua kali berturut-turut, yang berlangsung di Shanghai, China.

Mereka turut catat sejarah tersendiri apabila menjadi dua pasukan utama Malaysia yang layak ke Final Liga Asia Tenggara PMCO pada awal bulan lalu di Samyan Mirtown, Thailand.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved