Connect with us

Mobile Legends

Skuad utama Red Phoenix akan dijenamakan semula sebagai Red Esports

Published

on

Pemilik organisasi e-sukan Red Esports Anne Raihan (tiga dari kanan) mengimpikan supaya satu hari nanti pasukannya akan berjaya dalam arena kompetitif seperti sebuah kelab bola sepak dunia. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

KUALA LUMPUR – Pasukan kompetitif Red Phoenix akan dijenamakan semula sebagai Red Esports mulai hari ini.

Pemilik organisasi Red Esports, Anne Raihan berkata penjemanaan semula itu adalah sebagai satu langkah ke hadapan dalam mengukuhkan posisi kumpulan itu dalam arena kompetitif e-sukan.

“Menerusi skuad utama ini saya akan memberi fokus kepada penghasilan barang dagangan (merchandise) dan pakaian.

“Bagi setiap penjualan barangan itu, royalti akan diberikan kepada semua pemain terlibat termasuk pemain simpanan sebagai tanda penghargaan mereka menaikkan nama Red Esports,” kata Anne Raihan kepada What’s The Meta.

Jelas Anne Raihan, dia mengimpikan supaya satu hari nanti Red Esports akan berjaya dalam arena kompetitif seperti sebuah kelab bola sepak antarabangsa.

“Mungkin kami akan buka Red Store selepas ini? Hahaha. Sebab saya rasa tiada lagi yang berfikir ke arah itu lagi dalam e-sukan.

“Kiranya nanti Red Esports bakal jadi pencetus untuk mengajak orang lain bagi mewujudkan kelab e-sukan dengan lebih serius supaya orang nampak e-sukan ini ada masa depan yang lebih besar.”

Anne berkata kuasa digital bakal menjadi satu keperluan besar dalam masa kira-kira lima tahun akan datang dan arena e-sukan bakal salah satu jadi punca pendapatan bagi pemain permainan video di Malaysia.

“Siapa yang akan ambil peluang sekarang, lagi 5 tahun akan datang, dia akan menjana peluang pendapatan dengan banyak dan lebih stabil.”

Menurut Anne, dia masih mengekalkan barisan utama Red Esports iaitu:

  • Error
  • Sto (Dragon)
  • Brook
  • Ash
  • Naofumi
  • Sumo
  • Squpox

Sebelum ini Red Phoenix pernah mencatatkan rekod kemenangan kejohanan dalam negara secara berturut-turut iaitu:

  • Juara Kejohanan Wallet Codes Malaysia
  • Juara Mobile Legends Simposium E-Nation MaGIC 2019
  • Juara MLBB Bulan Sukan Negara Peringkat Selangor
  • Juara Gen Y Centre Cup Esports Tour Zon Kota Kinabalu 2019
  • Juara Fit Malaysia MLBB Joes Esports
  • Juara Malaysia IT Expo 2019

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved