Connect with us

Mobile Legends

Bukan sahaja top global hero, Ash Red Esports juga top dalam kelas dengan CGPA 3.5

Published

on

Ash (kanan) juga berada dalam skuad utama RED Esports, seiring bersama pemain profesional terkenal tanah air, Error. 

KUALA LUMPUR – Pemain kompetitif bagi organisasi e-sukan RED Esports, Ashif Halaj Abdul Majid (Ash) berhasrat untuk terus cemerlang dalam bidang akademik dan arena e-sukan kompetitif Mobile Legends.

Dia yang baharu sahaja memenangi satu kejohanan peringkat antara kampus di seluruh Malaysia bersama pasukan Ultra Instinct baru-baru ini komited dan berdisiplin dalam menjaga keputusan akademik Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) sekurang-kurangnya 3.5 dan ke atas.

“Pengurusan masa sebenarnya terpulang kepada masing-masing sebab saya ada cara ulang kaji tersendiri.

“Saya memang berharap dapat cemerlang dalam akademik dan memastikan diri saya untuk selesaikan apa-apa kerja berkaitan dengan fakulti sebelum saya berlatih atau bermain permainan video,” kata Ash kepada What’s The Meta.

Pelajar jurusan kejuruteraan mekanikal Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu juga pernah menjadi Top Global bagi hero marksman Claude dan Kimmy serta hero mage Selena dan Kagura.

Pada semalam, Ash bersama pasukan Ultra Instinct membawa pulang hadiah wang terkumpul bernilai RM13,600 dan biasiswa bernilai RM50,000 dalam Kejohanan E-Sukan Kampus Semester 2, 2019.

Dia juga pernah memenangi kejohanan yang sama pada edisi pertama.

Ash juga kini berada dalam skuad utama RED Esports, seiring bersama pemain profesional terkenal tanah air, Edmond Yue (Error).

Sepanjang Ash bersama RED Esport, beberapa gelaran juara telah dirangkul antaranya Juara Kejohanan Wallet Codes Malaysia, Juara Mobile Legends Simposium E-Nation MaGIC 2019 dan Juara MLBB Bulan Sukan Negara Peringkat Selangor.


© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved