Connect with us

Mobile Legends

Mobile Legends: Air Asia Team Impact henti operasi sementara, kesemua pemain dilepaskan

Published

on

AATI sebelum ini terdiri daripada Muhammad Azizul Abdul Rashid (Wesker), Fakhri Fathurrahman Fahrizal (Fabbbyyy), Syahmi Md Som (Sakura), Muhammad Ashraf Mohd Azan (Goten),dan Amir Aras (ILLUSION).

KUALA LUMPUR – Pasukan e-sukan profesional AirAsia Esports, bagi kategori e-sukan Mobile Legends, Air Asia Team Impact (AATI) akan berhenti operasi sementara mulai hari ini.

Dalam satu kenyataan, AATI berkata kesemua pemain yang bernaung di bawah pasukannya juga akan dilepaskan dan akan bergerak sebagai agen bebas.

“Keputusan untuk keluar dari Mobile Legends dilakukan pelabur AATI.

“Kami ingin menekan bahawa keputusan ini tiada kena mengena dengan prestasi pemain dan pihak pengurusan amat berterima kasih ke atas kepercayaan dan kesetiaan pemain terhadap AATI.

“Kami berharap mereka semua akan dapat mencapai impian dan cita-cita mereka,”kata AATI.

AATI terdiri daripada Syahmi Md Som (Sakura) sebagai kapten, Muhammad Ashraf Mohd Azan (Goten), Muhammad Azizul Abdul Rashid (Wesker) Fakhri Fathurrahman Fahrizal (Fabbbyyy) dan Amir Aras (ILLUSION).

Air Asia Impact yang sebelum ini dikenali sebagai Air Asia Saiyan melakukan penjenamakan semula pada Ogos lalu.

Perjalanan Air Asia Impact dalam e-sukan bermula sejak Mac 2018 apabila Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia Bhd dan CEO Bersama Kumpulan AirAsia X, Tan Sri Tony Fernandes mengumumkan beliau pemilik menjadi pemilik majoriti pasukan Team Saiyan.

Ia kemudiannya dijenamakan sebagai AirAsia Saiyan (ASYN) dan telah menyertai pelbagai kejohanan termasuk Liga Profesional (MPL) dan Piala Asia Tenggara (MSC).

Namun pada November 2018, AirAsia Saiyan (ASYN) secara rasmi telah menggugurkan enam pemain utama pasukan tersebut , Ahmad Fuad Alili (Fredo), Mohd Farid Zakaria (Soloz), Abdul Wandi Abdul Kadir (Logan), Andi Alfian Firman (Gripex), Sofian Sultan (Penjahat), Herwin Baharuddin (Rush) daripada barisan utama pasukan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved