Connect with us

Mobile Legends

Bekas pemain AATI bakal sertai Bosskurr?

Published

on

AATI sebelum ini terdiri daripada Muhammad Azizul Abdul Rashid (Wesker), Fakhri Fathurrahman Fahrizal (Fabbbyyy), Syahmi Md Som (Sakura), Muhammad Ashraf Mohd Azan (Goten),dan Amir Aras (ILLUSION).

KUALA LUMPUR – Meskipun baru sahaja sehari dilepaskan dari pasukan Mobile Legends, Air Asia Team Impact (AATI), kesemua bekas pemain pasukan itu kini sudah diintai organisasi popular tanah air air, Bosskurr Gaming (Bosskurr).

Ketua Pegawai Eksekutif Bosskurr, Nureddy Nursal (Daddyhood) berkata pihaknya akan melakukan beberapa pengurusan berkaitan pemindahan kelima-lima pemain itu ke dalam Bosskurr.

“Semua bekas pemain AATI, saya akan bawa masuk ke dalam Bosskurr,” kata Daddyhood pada pagi tadi.

Semalam Air Asia Team Impact (AATI) dalam satu kenyataan berkata pihak mereka akan berhenti operasi sementara.

Dalam satu kenyataan, AATI berkata kesemua pemain yang bernaung di bawah pasukannya juga akan dilepaskan dan akan bergerak sebagai agen bebas.

AATI terdiri daripada Syahmi Md Som (Sakura) sebagai kapten, Muhammad Ashraf Mohd Azan (Goten), Muhammad Azizul Abdul Rashid (Wesker) Fakhri Fathurrahman Fahrizal (Fabbbyyy) dan Amir Aras (ILLUSION).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved