Connect with us

Mobile Legends

Streaming Bosskurr amal 3 petang ini bantu kanak-kanak 4 tahun derita sakit salur darah tersumbat

Published

on

Bosskurr Gaming (Bosskurr) akan melakukan penstriman langsung amal untuk membantu adik Muhammad Awal Neddim yang menderita sakit Hemangioma di laman Facebook Soloz pada 3 petang nanti.

KUALA LUMPUR – Organisasi popular tanah air, Bosskurr Gaming (Bosskurr) bakal mengadakan satu penstriman langsung amal pada jam 3 petang.

Dalam satu kenyataan, Bosskurr berkata, penstriman langsung itu adalah bagi mengutip dana bagi membantu adik Muhammad Awal Neddim yang mengalami sakit Hemangioma (Venos Malformation) iaitu sejenis penyakit salur darah tersumbat.

“Difahamkan adik Muhammad Awal Neddim telah dirujuk di hospital dan dimaklumkan doktor untuk menjalani pembedahan.

“Risiko di sini amat tinggi kerana penyakit adik Muhammad Awal Neddim telah merebak sehingga ke tapak tangan dan mengakibatkan risiko untuk buang keseluruhan pergelangan tangan sebanyak 99 peratus (kudung).

“Kami juga difahamkan adik Muhammad Awal Neddim memerlukan rawatan di luar negara dengan kos keseluruhan rawatan sebanyak RM65,000,” kata Bosskurrr.

Lantaran itu, bagi meringankan beban derita adik Muhammad Awal Neddim yang berusia 4 tahun itu, Bosskurr mengajak orang ramai untuk sertai penstriman langsung mereka yang akan di lakukan di laman Facebook Soloz.

Sebelum ini portal berita Harian Metro melaporkan, ibu kepada adik Muhammad Awal Neddim, Shahidatul Akma berkata anaknya mula menghidap penyakit itu sejak berusia lapan bulan dan mereka sentiasa ke hospital bagi rawatan susulan.

Katanya, jari kelingking kanan anak kesayangannya itu mulai membengkak dengan mendadak sejak dua bulan lalu.

Sebelum ini Bosskurr pernah mengadakan beberapa penstriman langsung amal.

BACA: Streaming amal Daddyhood Shopee Bosskurr raih RM12,000 dalam masa 2 jam

Antaranya pada 18 April lalu, pengurus Shopee Bosskurr yang kini Ketua Pegawai Eksekutif Bosskurr, Nureddy Nursal (Daddyhood) mengadakan penstriman langsung untuk adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin dan berjaya meraih 20,000 bintang di Facebook.

Dalam penstriman langsung selama kira-kira tiga jam itu berjaya meraih lebih 47,000 tontonan, 1,182 perkongsian  dan 2,400 komen.

BACA: Streaming amal Daddy untuk adik Ainul kumpul 20,000 star Facebook

Adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin sebelum ini dilaporkan menghidap kanser Germ Cell Tumor.

Sementara itu pada awal bulan ini, Daddyhood sekali lagi melakukan penstriman langsung, kali ini untuk membantu adik Muhammad Khalish Arfa Muhamad Khairul yang menderita sakit hydrocephalus (lebihan cecair dalam otak).

Dalam penstriman langsung itu, kira-kira RM12,000 berjaya dikutip dalam masa hanya dua jam.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved