Connect with us

Mobile Legends

Streaming amal Bosskurr: RM17,000, 20k shares, diraih dalam masa dua jam pertama

Published

on

Soloz juga sempat berkongsikan sebanyak 201,065 stars berjaya dikutip setakat dua jam pertama tadi.

KUALA LUMPUR – Dua jam pertama penstriman langsung amal organisasi e-sukan terkenal tanah air, Bosskurr Gaming (Bosskurr) untuk adik Muhammad Awal Neddim yang menderita penyakit salur darah tersumbat meraih kutipan dana kira-kira RM17,000.

Penstriman langsung yang dilakukan di laman Facebook Faris Zakaria (Soloz) itu turut meraih lebih 20,000 perkongsian, 21,000 reaksi, 19,000 komen, dan pernah mencapai tontonan kemuncak sebanyak 17,000 penonton.

Soloz juga sempat berkongsikan sebanyak 201,065 stars berjaya dikutip setakat dua jam pertama penstriman langsung itu tadi.

Penstriman langsung yang bermula jam 3 petang tadi adalah sebagai salah satu usaha Bosskurr untuk meringankan beban adik Muhammad Awal Neddim yang mengalami sakit Hemangioma (Venos Malformation).

Difahamkan, kos keseluruhan untuk merawat penyakit yang dialami Muhammad Awal Neddim itu dianggarkan sebanyak RM65,000.

Penstriman langsung amal ini masih lagi berjalan setakat artikel ini ditulis.

Anda boleh sertai penstriman langsung ini untuk membantu memberi dana kepada adik Muhammad Awal Neddim atau boleh salurkan ke akaun bank ibunya di: 1099541100664983 (BSN, Shahidatul Akma).


© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved