Connect with us

Mobile Legends

Streaming amal Bosskurr raih kutipan RM35.9k, 861.4k Facebook stars

Published

on

Bosskurr berterima kasih kepada peminat, penyokong serta seluruh penggiat e-sukan yang menyertai penstriman langsung itu bagi mengurangkan beban kos rawatan adik Muhammad Awal Neddim.

KUALA LUMPUR – Selepas 8 jam melakukan penstriman langsung amal untuk membantu adik Muhammad Awal Neddim yang menderita penyakit salur darah tersumbat, organisasi e-sukan popular tanah air Bosskurr Gaming (Bosskurr) berjaya meraih 861,427 bintang (stars) Facebook yang bernilai kira-kira RM35,900.

Penstriman langsung yang bermula jam 3 petang Jumaat di Facebook Faris Zakaria (Soloz) itu turut mencatatkan 605,288 jumlah tontonan secara keseluruhan, lebih 40,611 komen, 23,927 komen, 33,588 reaksi  setakat artikel ini ditulis.

“Terima kasih kepada warganet, tidak kisah lah yang berada di Malaysia, Indonesia, Thailand atau di mana sahaja yang sertai penstriman langsung ini untuk menderma kepada  adik Muhammad Awal Neddim.

“Ini adalah sumbangan daripada komuniti e-sukan. Bosskurr hanya sekadar jambatan dan platform. Anda semualah yang membantu sebenarnya.

“Setakat ini kita berjaya kumpul kira-kira RM34,000, nanti kami akan tambah untuk mencukupkan sehingga RM40,000. Kos rawatan adik Muhammad Awal Neddim adalah kira-kira RM65,000. Sekurang-kurangnya kita dapat bantu separuh,” kata Soloz sebelum mengakhiri penstriman langsung itu.

Jelas Soloz, dia mengucapkan terima kasih kepada komuniti e-sukan yang menemaninya dari awal sehingga akhir penstriman langsung itu.

“Terima kasih, semoga murah rezeki semuanya,” katanya.

Selain Soloz, turut dilihat berada dalam penstriman langsung Bosskurr itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif Bosskurr Nureddy Nursal (Daddyhood) dan pemain kompetitif serta penghibur penstirman langsung Shopee Bosskurr, Sofian Sultan (Penjahat).

Bosskurr juga sempat menukar nama samaran dalam permainan video (IGN) kepada BOSS Neddim dalam penstriman langsung itu sempena kutipan dana untuk adik Muhammad Awal Neddim.

Bosskurr juga sempat berkongsikan kepada What’s The Meta senarai penderma terbanyak dalam penstriman itu namun jumlah derma tidak boleh didedahkan atas permintaan penderma.

Mereka adalah:

  • Allan Phang
  • Josephine Nan
  • Syno MLBB
  • Aiman Ahmad Bexed
  • Pame Taj
  • Zarma Nurhaidan
  • Muhammad Ashman
  • Norizwan Aziz
  • Muhammad Hidayat
  • Mohd Ashrul
  • Muhammad Firdaus Ikhwan
  • Azul Anwar
  • Azim Ikromi
  • MelRomeo
  • Muhammad Redha
  • Shuqqran Razali
  • Fir’Daus Limz
  • Syamir Udin
  • Danial Fuad
  • Zamri Rosli

Sebelum ini portal berita Harian Metro melaporkan, ibu kepada adik Muhammad Awal Neddim, Shahidatul Akma berkata anaknya mula menghidap penyakit itu sejak berusia lapan bulan dan mereka sentiasa ke hospital bagi rawatan susulan.

Katanya, jari kelingking kanan anak kesayangannya itu mulai membengkak dengan mendadak sejak dua bulan lalu.

Bagi anda yang tidak sempat menyertai penstriman langsung Bosskurr itu tadi dan mahu menderma kepada adik Muhammad Awal Neddim boleh salurkan ke akaun bank ibunya di: 1099541100664983 (BSN, Shahidatul Akma).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved