Connect with us

Mobile Legends

#M1World: “Saya mahu jadi lebih baik dari Todak” – Totaka, 10s Gaming Plus

Published

on

TOTAKA: Saya mahu menjadi lebih baik dari Todak. Saya berazam untuk kembali beraksi di M2. - Foto YouTube / Mobile Legends

PEMAIN pasukan Mobile Legends Jepun, Katayama Takayuki (Totaka) berhasrat untuk menjadi lebih baik dari pasukan nombor tiga dunia, Todak.

Totaka yang bermain untuk pasukan 10s Gaming Plus berkata selepas tewas 2-1 kepada pasukan Todak pada pusingan kelompok Kejuaraan Dunia Mobile Legends, M1, di Axiata Arena dia berazam untuk kembali menebuskan kekalahan itu pada tahun hadapan.

“Todak bermain sangat bagus sehingga mendapat tempat ketiga.

“Saya mahu menjadi lebih baik dari mereka. Saya berazam untuk kembali beraksi di M2,” kata Totaka.

Totaka bersama rakan-rakan sepasukannya 10s Gaming Plus berjaya meraih kedudukan ranking enam terbaik dunia dalam kejohanan M1 dan membawa hadiah wang tunai kira-kira RM33,000 (AS$8,000).

Selain Totaka, 10s Gaming Plus terdiri daripada Kubo Yoshiaki (Obuyan), Yamada Hiroki (Surei) Hisatome Ryosuke (Tomebo), Namioka Noritake (Pappa), Kozumi Nao (Kozu).

10s Gaming merupakan satu-satunya pasukan luar dari negara Asia Tenggara yang layak ke Acara Utama M1.

Sebelum ini, mereka berada di kedudukan kedua kumpulan D di belakang pasukan nombor 1 dunia, EVOS Legends (Indonesia), menewaskan pasukan Onic PH (Filipina) dan pasukan Rusia (Deus Vult).

Selepas mara ke peringkat acara utama, mereka bertembung dengan pasukan tuan rumah, Axis Esports dan menang 2-0.

Kejohanan paling berprestij dalam arena e-sukan Mobile Legends, M1, sudah melabuhkan tirai dengan menyaksikan pasukan Indonesia EVOS Legends berjaya meraih kejuaraan edisi sulung ini.

Menerusi kemenangan itu, EVOS Legends membawa pulang hadiah wang tunai RM330,000 (AS$80,000).

Dalam kejuaran itu turut menyaksikan pemain EVOS Legends, Oura ditabalkan sebagai pemain terbaik secara keseluruhan dan membawa pulang wang tunai RM12,000.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved