Connect with us

Mobile Legends

Mobile Legends: Red Phoenix juara Kejohanan Wallet Codes Malaysia

Published

on

Kemenangan demi kemenangan dikutip Red Phoenix pada tahun ini, kali ini kejuaraan Wallet Coded Malaysia. Foto - Facebook / Wallet Codes Malaysia

KUALA LUMPUR – Pasukan Mobile Legends tanah air, Red Phoenix mengutip lagi gelaran juara dalam arena e-sukan itu selepas memenangi Kejohanan Wallet Codes Malaysia pada minggu lalu.

Kejohanan yang berlangsung dua hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, KLCC, itu menyaksikan Red Phoenix membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 berserta 16,500 mata berlian Mobile Legends.

Red Phoenix muncul juara selepas membenam pasukan Darkhorse pada Grand Final, yang membawa pulang hadiah wang tunai RM1,200 dan 16,500 mata berlian Mobile Legends.

Manakala pasukan EDG berada di tempat ketiga membawa pulang RM800 dan 6,600 mata berlian Mobile Legends.

Red Phoenix terdiri daripada pemain-pemain yang tidak asing dalam arena Mobile Legends seperti Error dan Sto (Dragon), Brook, Ash dan Naofumi.

Baru-baru ini, mereka disertai dua pemain baharu iaitu Sumo dan Squpox.

Red Phoenix merupakan sebahagian daripada naungan Red Esports yang dimiliki oleh usahawan wanita muda, Anne Raihan.

Red Phoenix merupakan pasukan yang dilihat sedang meningkat naik ketika ini berikutan mutu persembahan yang konsisten dan barisan pemainnya yang luar biasa.

Sebelum ini Red Phoenix pernah mencatatkan rekod kemenangan kejohanan dalam negara secara berturut-turut iaitu:

  • Juara Mobile Legends Simposium E-Nation MaGIC 2019
  • Juara MLBB Bulan Sukan Negara Peringkat Selangor 
  • Juara Gen Y Centre Cup Esports Tour Zon Kota Kinabalu 2019
  • Juara Fit Malaysia MLBB Joes Esports
  • Juara Malaysia IT Expo 2019

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved