Connect with us

Mobile Legends

Top Global Zilong Sky Wee akan sertai pertembungan LY4LY4LY4, OhDeerBambi

Published

on

PENGHIBUR penstriman langsung popular, Sky Wee akan menyertai pertarungan yang melibatkan jaguh Singapura Resurgence dan Kingsmen dalam Kejohanan Amal Krismas Singapura Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) 2020 pada 19 Disember.

Selain Sky Wee, kejohanan amal itu juga akan disertai pempengaruh popular Jianhao Tan dan Aiman dari Night Owl Cinematics.

Sempena kejohanan amal itu juga, MLBB telah melancarkan satu acara pada 28 November sehingga 8 Disember lalu bagi memberi peluang kepada peminat yang mahu menyertai kejohanan itu untuk bermain bersama dengan pemain profesional.

“Ia merupakan satu kejayaan yang besar apabila lebih 500 orang telah menyertai acara itu dan dua pemain bertuah telah dipilih,” kata MLBB dalam satu kenyataan media.

Menurut MLBB, pihaknya juga akan mendermakan lagi kepada badan kebajikan Club Rainbow selepas kejohanan amal itu.

Jelasnya, jumlah derma itu adalah berdasarkan tontonan kemuncak (PCU) yang dicatatkan dalam penstriman langsung kejohanan amal itu.

Jika ia mencapai bawah 5000 tontonan, MLBB akan menderma SGD10, 00. Jika PCU melebihi 5000 tontonan, jumlah dana akan digandakan dari PCU.

Selain cabaran rekod tontonan itu, beberapa ganjaran eksklusif dalam permainan akan diberikan kepada pemain-pemaim MLBB pada hari kejohanan amal itu.

MLBB turut melancarkan acara MLBB Winter Gala yang akan bermula dari 19 Disember sehingga 25 Disember nanti. Setiap pemain yang menyertai acara itu akan menerima kulit hero istimewa pada 26 Disember.

Jangan lupa tonton kejohanan amal tersebut pada 19 Disember, 4 petang di sini: FB: https://www.facebook.com/MobileLegendsGameSingapore

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved