Connect with us

Mobile Legends

Antara OhDeerBambi dan LY4LY4LY4, siapa paling power di Singapura?

Published

on

DUA jaguh Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Singapura, Resurgence dan Kingsmen bakal berentap dalam Kejohanan Amal Krismas Singapura 2020 pada 19 Disember nanti bermula jam 4 petang.

Kejohanan amal itu adalah sebagai salah satu langkah untuk berbakti semula kepada masyarakat selepas permainan itu mencapai kejayaan 1 bilion muat turun pada bulan lalu.

Selain penglibatan dari dua pasukan profesional itu, Kejohanan Amal Krismas Singapura 2020 juga akan disertai dua pempengaruh terkemuka ngara itu, Jianhao Tan dan Aiman Haikal dari syarikat produksi Night Owl Cinematics (NOC).

Kedua-dua pempengaruh itu juga telah menderma kira-kira RM9,000 (SGD 3000) kepada badan amal kanak-kanak iaitu Rainbow Singapore sebagai salah satu usaha kejohanan itu.

Selain itu, MLBB juga telah melancarkan kemaskini terbaharu permainan itu yang dikenali sebagai Blazing West pada 21 November itu yang menawarkan kulit baharu untuk hero Franco dan mod permainan ‘Arena’.

MLBB juga mengumumkan sempena kempen Blazing West, hero baharu Mathilda akan diperkenalkan pada 12 Disember ini.

Pemain boleh mendapatkan hero baharu itu secara percuma dengan hanya log masuk pada 12 Disember. 

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved