Mobile Legends
Penyanyi Shalma kolaborasi hero baharu MLBB, Mathilda

KUALA LUMPUR – Penyanyi muda tanah air, Shalma Eliana mengadakan satu kerjasama dengan pembangun e-sukan popular Moonton menerusi hero baharu Mobile Legends:Bang Bang (MLBB), Mathilda.
Menurut Moonton, pemain MLBB boleh mendapatkan hero terbaharu itu dengan hanya log masuk permainan itu pada 12 Disember nanti.
Selain Shalma, dua lagi selebriti tanah air dipilih untuk menjadi jurucakap MLBB menerusi kempen Blazing West, kata Moonton.
Dalam kempen itu, pemain juga boleh menyertai pertandingan untuk meneka siapakah bintang MLBB yang seterusnya yang akan menyertai kempen tesebut selain Shalma.
Dua lagi identiti selebriti itu akan dedahkan pada 5 Disember nanti.
