Connect with us

Mobile Legends

Moonton lancar muzik video ‘cringe’, menampilkan Naim Daniel, Shalma Eliana

Published

on

Foto : YouTube / Mobile Legends

KUALA LUMPUR – Pembangun e-sukan popular Moonton telah melancarkan satu muzik video ‘Bring it On’ sempena satu acara Mobile Legends: Bang Bang (Mobile Legends) All Star Showmatch yang akan berlangsung pada 21 November nanti.

Muzik video yang menampilkan pemenang Anugerah Juara Lagu ke-34, Naim Daniel dan artis tempatan Shalma Eliana itu dimuatnaik pada semalam di YouTube Mobile Legends dan telah mendapat lebih 44,000 tontonan setakat artikel ini ditulis.

Pelbagai reaksi dalam kalangan penonton mengenai muzik video bahasa Inggeris itu. Ada yang berpendapat ia terlalu cringe (canggung)

Pengguna YouTube Osama Talal berkata, Moonton sepatutnya memperuntukkan belanjawannya dalam memperbaiki masalah dalam permainan berbanding membelanjakan duit untuk melancarkan muzik video.

Namun ada juga dalam kalangan penonton seperti pengguna YouTube Ian Tadena yang menghargai usaha Moonton dalam melancarkan muzik video itu.

“Saya menghargai usaha mereka melancarkan muzik video itu. Terima kasih Moonton.

“Usaha yang baik dan saya berharap akan ada lebih banyak muzik video selepas ini,” katanya di ruang komen video YouTube muzik video ‘Bring It On’ itu.

Sementara itu, pengguna YouTube Abang Muaz meluahkan rasa banga sebagai rakyat Malaysia dengan pelancaran muzik video itu.

“Saya sangat bangga menjadi rakyat Malaysia. Ayuh semua!” katanya.

Acara All Star Showmatch akan menampilkan beberapa pemain profesional dan penghibur penstriman langsung tersohor di Malaysia termasuk Mohd Faris Zakaria (Soloz), Mohd Zul Hisham Mohd Noor  (Xorn), Sofian Sultan (Penjahat) dan Amirul Shafiq Mohd Amir (Feekz).

Ia akan berlangsung pada 21 November jam 7 petang di Facebook Mobile Legends dan hanya mempunyai dua pasukan yang akan bertanding iaitu Team Naim serta Team Shalma.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved