Mobile Legends
Moonton lancar lagu baharu, ‘Teruskan Perjuanganmu’

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbitan permainan mudah alih China, Moonton telah melancarkan lagu baharu berjudul ‘Teruskan Perjuanganmu’ untuk kempen Mobile Legends: Bang Bang (MLBB).
Lagu tersebut yang menampilkan tiga selebriti tanah air, Shalma Eliana Jaasuzuran dan Haqiem Rusli telah dimuatnaik di beberapa platform muzik seperti Spotify, Joox, Apple Music dan Shazam.



“Mari kita melabuhkan tirai buat tahun 2020 dan mengharapkan tahun depan menjadi lebih baik!” kata Moonton dalam satu kenyataan pada semalam.
Selain itu, Moonton turut akan memberikan hadiah kepada peminat-peminat menerusi satu pertandingan kempen itu.
Bagi yang berminat boleh ikuti langkah di dalam posting ini: