Connect with us

Mobile Legends

Moonton lancar filem pendek sempena M2

Published

on

SEMPENA penganjuran kejuaraan dunia Mobile Legends: Bang Bang (M2) yang akan datang, Moonton telah melancarkan beberapa filem pendek bagi memeriahkan kejohanan itu.
⁣⁣
Filem pendek episod 1 yang berjudul ‘Join the Fight of A Confident Me’ telah dimuatnaik semalam di Facebook Mobile Legends.

Ia mengisahkan bagaimana seorang murid lelaki yang panik apabila dipanggil cikgunya dan tidak tahu apa yang harus dilakukan.

Watak murid lelaki tersebut yang bernama Zikry Shamsuddin kemudiannya mendapat keyakinan dan semangat menerusi sokongan yang diberikan dari rakan sekelasnya, Danial.

M2 akan membuka gelanggang pada 18 Januari nanti di Singapura.

Sebanyak 12 pasukan dari seluruh dunia akan menyertai kejohanan yang menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira, RM1.2juta (AS$300,000) iaitu:

  • Todak (Malaysia)
  • Alter Ego (Indonesia)
  • RRQ (Indonesia)
  • Evos SG (Singapura)
  • RSG (Singapura)
  • 10S Gaming Frost (Jepun)
  • Omega Esports (Filipina)
  • Bren Esports (Filipina)
  • Burmese Ghouls (Myanmar)
  • Impunity KH (Kemboja)
  • Dreammax (Brazil)
  • Unique Devu (Rusia)

Tonton secara langsung kejuaraan dunia M2, di Facebook Mobile Legends pada 18-24 Januari nanti.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved