Connect with us

Mobile Legends

Ahmad nyaris jadi korban pesawat Sriwijaya Air SJ-182

Published

on

Foto: Facebook / Alter Ego

PEMAIN profesional Mobile Legends Indonesia dari pasukan Alter Ego, Ahmad Abdurrahman berkongsikan dia hampir mengikuti penerbangan Pesawat Sriwijaya Air SJ-182 yang terhempas di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta pada Sabtu lalu.

Dalam satu catatan Insta Story peribadinya, Ahmad yang berasal dari Pontianak meluahkan rasa syukur kepada Tuhan kerana diberi peluang lagi untuk hidup dan memohon agar kekuatan diberikan kepada keluarga mangsa nahas pesawat itu.

“Terima kasih banyak Ya Allah kerana diberi kesempatan hidup.

“Pada mulanya, rancangan awal adalah menjalani ujian swab Covid-19 pada 8 Januari dan menaiki pesawat pada 9 Januari dengan Sriwajaya Air.

“Doakan untuk Sriwijaya ya, semoga keluarga yang ditinggalkan harus dan kuat,” kata Ahmad dalam catatan Insta Story itu.

Foto: Instagram / Maunzy

Pada Sabtu lalu, agensi berita Bernama melaporkan pesawat Boeing 737-500 Sriwijaya Air terputus hubungan selepas berlepas pada 2.36 petang waktu Indonesia barat dari Jakarta menuju Pontianak, sebelum terhempas di perairan Kepulauan Seribu, Jakarta.

Penerbangan Sriwijaya SJ-182 itu membawa 62 penumpang termasuk 12 anak kapal.

Sementara itu, Ahmad yang merancang untuk pulang ke kampung halamannya telah selamat tiba di Lapangan Terbang Bandar Udara Supadio, Pontianak pada pagi semalam.

Foto: Instagram / Maunzy

Dia yang sebelum ini didapati positif Covid-19 terpaksa melupakan hasrat untuk membantu rakan-rakan sepasukannya Alter Ego, dalam kejuaraan dunia Mobile Legends:Bang Bang (M2) yang berlangsung di Singapura.

Selepas 19 hari menjalani kuarantin, Ahmad kini sembuh selepas mendapati dirinya kini negatif Covid-19.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved