Connect with us

Mobile Legends

Bosskurr Cup: Todak tarik diri, diganti dengan jaguh Sabah STOP

Published

on

KUALA LUMPUR – Pasukan profesional Mobile Legends : Bang Bang (Mobile Legends) Todak menarik diri daripada terus menyertai kejohanan amal Piala Bosskurr (BOSSKURR Cup) pada malam tadi.

Pengurus Team Bosskurr dan juga penganjur BOSSKURR Cup, Nureddy Nursal (Daddyhood) berkata pihak mereka menghormati keputusan Todak itu.

“Todak membuat keputusan untuk menarik diri dari BOSSKURR Cup untuk memberi fokus kepada Liga Profesional (MPL) Malaysia dan Singapura nanti.

“Kami memahami keputusan Todak. Jadi dengan itu, kami menjemput pasukan Sabah Top Players (STOP) untuk menggantikan tempat Todak.

“Fokus utama BOSSKURR Cup adalah kepada melakukan amal, bukan untuk menang (kompetitif),” kata Daddyhood.

BACA: BOSSKURR CUP: Tontonan kemuncak hari pertama catat 36,100 penonton

Berikutan keputusan Todak itu, pasukan Geek Fam menang tanpa bertanding 2-0 pada perlawanan semalam.

BOSSKURR CUP siri pertama yang bermula sejak minggu lepas merupakan satu kejohanan amal yang dianjurkan organisasi popular tanah air Team Bosskurr.

Wang tajaan sebanyak RM15,000 telah dikumpul setakat ini dan akan disalurkan kepada badan kebajikan atau golongan yang memerlukan pada Ramadhan nanti.

BOSSKURR CUP berlangsung setiap Rabu dan Khamis bermula 12 Februari sehingga 15 April 2020. Ia disertai 9 pasukan dalaman organisasi Team Bosskurr dan 7 pasukan jemputan organisasi luar.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved