Connect with us

Mobile Legends

MPL: Hawkeye kini jurulatih, mahu ‘Reborn’ bersama Orange Esports

Published

on

Hawkeye bersama anak-anak buahnya, Reborn yang kini bernaung di bawah Orange Esports.

KUALA LUMPUR – Bekas pemain profesional Mohd Farhan Kamari (Hawkeye) kini bertindak sebagai jurulatih bagi pasukan Mobile Legends : Bang Bang (Mobile Legends) Orange Esports.

Hawkeye berkata dia yakin dan percaya dengan kemampuan barisan pemain utama Orange Esports.

“Sebelum ini saya merupakan pengurus mereka sahaja dan segala kos adalah tanggungan sendiri tanpa mana-mana penaja.

“Saya percaya barisan utama ini dapat melayakkan diri ke Liga Profesional (MPL) jadi saya berjumpa dengan Pengurus Operasi Orange Esports, Kelvin Pang untuk mendapatkan penajaan.

“Alhamdulillah Reborn menunjukkan sedikit taring ketika menjuarai Kejohanan M8HEXA, sebelum Kelayakan MPL berlangsung. Pada Grand Final, mereka menewaskan Boss On Fire,” kata Hawkeye dalam satu temu bual eksklusif bersama What’s The Meta Today.

Hawkeye juga berkata kemenangan Reborn itu telah menarik Orange Esports untuk menaja Reborn.

Hawkeye berkata Kelvin turut mempercayai dengan potensi barisan pemain baharu Reborn. Mereka adalah:

  • Akmal Afi Uzair Daud – Silo (Kapten)
  • Adib Rusydi Ahmad Tarmizi – Mom
  • Syed Raziq Hakimi Syed Toko Khairuddin Cakbu
  • Muhammad Akmal Rozali – Mal
  • Muhammad Firdaus Bin Mohd Aniza -Eren
  • Muhammad Aiman Aliff Zulkefli – Grengo
  • Mohd Farhan Kamari – Hawkeye (Jurulatih) 

Hawkeye berkata memandangkan Reborn bernaung di bawah Orange Esports ketika ini, dia akan menggalas tugas baharu sebagai jurulatih dan memberi tanggungjawab pengurusan kepada Kelvin.

“Selepas urusan penajaan, bermulalah sesi bootcamp selama 2 minggu di Hotel Orange Esports untuk persiapan ke Kelayakan MPL.

“Alhamdulillah, Reborn telah membuktikan yang kami layak mendapatkan slot di peringkat Musim Liga,” kata Hawkeye.

Hawkeye sebelum ini merupakan bekas pemain Team Saiyan dan pernah bersaing di peringkat MPL pada musim pertama. Hawkeye juga pernah beraksi di kejohanan antarabangsa Piala Asia Tenggara (MSC) 2018.

Ketika ditanya adakah Hawkeye mahu kembali beraksi sebagai seorang pemain kompetitif, ini jawapannya: “Saya memang teringin mahu menjadi pemain semula tapi disebabkan komitmen lain, saya tidak boleh teruskan lagi.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada penyokong dan peminat sejak saya berada di Team Saiyan lagi. 

“Saya berharap, Reborn baharu yang berada di bawah naungan Orange Esports dalam bawa kejutan ketika di MPL Musim kedua.”

Orange Esports berjaya ke MPL Musim Kelima yang akan berlangsung pada Sabtu ini, 29 Februari, selepas melepasi pusingan kelayakan peringat Malaysia baru-baru ini.

MPL Malaysia dan Singapura Musim 5 merupakan liga utama untuk Mobile Legends bagi kedua-dua negara ini.

Liga ini merangkumi peringkat kelayakan dan Musim Liga yang berlangsung dalam talian, diikuti dengan acara secara langsung pusingan penentu di mana lapan pasukan terakhir akan bertempur untuk berkongsi hadiah terkumpul bernilai kira-kira RM410,000.

Pusingan kelayakan Malaysia telah bermula dari 7 hingga 9 Februari yang lalu, manakala pusingan kelayakan Singapura telah berlansung pada hujung minggu lepas.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved