Connect with us

Mobile Legends

MPL: Makan Cendul dijenamakan semula sebagai Team SMG

Published

on

Barisan pemain utama Mobile Legends Team SMG.

KUALA LUMPUR – Pasukan kompetitif Mobile Legends : Bang Bang (Mobile Legends) yang berjaya mendapatkan slot ke Musim Liga Profesional (MPL) yang kelima, Makan Cendul kini dijenamakan semula sebagai Team SMG (Still Moving Under Gunfire).

Penjemaan semula itu adalah berikutan pemilikan Team SMG terhadap pasukan Mobile Legends itu pada hari ini.

Berikut adalah senarai pemain Mobile Legends Team SMG:

  • Mohammad Aiqal Amran (Ax)
  • Mohammad Al Hatta (Artha)
  • Mohammad Zaim Bin Amir Izat (Raisyaa)
  • Aeliff Adam (Smooth)
  • Muhammad Fairuz Mohamad (Tacuz)
  • Muhammad Siddiq Fadhil Mohd Noor (Kuku) – Pemain Simpanan
  • Ahmad Syazwan Anuar (Bonezzyy) – Jurulatih
  • Muhamd Fadil Hishamuddin Padel – Pengurus

Makan Cendul sebelum ini dikenali sebagai Mysterious Assassins Jr (MyA Jr).

MyA Jr dijenamakan semula sebagai Xpax Assassins pada MPL Musim Ketiga. Pasukan itu juga mendapat jemputan terus ke MPL Musim Keempat.

Namun pada MPL Musim Kelima, pasukan itu tidak mendapat slot jemputan terus dan tidak lagi menggunakan nama Xpax Assassins.

Pasukan itu kemudiannya menggunakan nama Makan Cendul dan bermula semula dari bawah dan melalui pusingan kelayakan Malaysia yang berlangsung pada 7 hingga 9 Februari yang lalu.

Selepas berjaya mendapatkan slot ke MPL, Makan Cendul mendapat tawaran untuk bernaung di bawah Team SMG.

Team SMG merupakan antara organisasi e-sukan utama di Asia dengan memiliki beberapa pasukan e-sukan yang berpangkalan di China dan Asia Tenggara.

Pasukan itu diasaskan penyanyi popular kelahiran Singapura JJ Lin bersama bekas pemain profesional dan Ketua Pegawai Eksekutif Team SMG, Kenchi Yap.

Ditubuhkan pada 2017, nama Team SMG terus meningkat naik dalam arena e-sukan selepas memenangi Kejohanan Antarabangsa Arena of Valor.

Kini Team SMG mahu menembusi pasaran e-sukan Asia Tenggara dengan memiliki pasukan Makan Cendul yang akan bersaing di MPL Malaysia dan Singapura pada 29 Februari nanti.

MPL Malaysia dan Singapura Musim 5 merupakan liga utama untuk Mobile Legends bagi kedua-dua negara ini.

Liga ini merangkumi peringkat kelayakan dan Musim Liga yang berlangsung dalam talian, diikuti dengan acara secara langsung pusingan penentu di mana lapan pasukan terakhir akan bertempur untuk berkongsi hadiah terkumpul bernilai kira-kira RM410,000.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved