Connect with us

Mobile Legends

BOSSKURR CUP: ChuChu, 2ez4jepv pengulas minggu ini

Published

on

Pengulas e-sukan Andriyana Mohamed Ghazali (ChuChu) dan pemain profesional e-sukan Mohd Haqqani Jaafar (2ez4jepv) bakal menjadi pengulas untuk BOSSKURR Cup minggu ini. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

KUALA LUMPUR – Pengulas e-sukan tanah air yang berbakat besar, Andriyana Mohamed Ghazali (ChuChu) dan pemain profesional Mobile Legends: Bang Bang (Mobile Legends) bagi pasukan popular tanah air, Team Bosskurr, Mohd Haqqani Jaafar (2ez4jepv) bakal menjadi pengulas untuk BOSSKURR Cup minggu ini.

Menurut penganjur, 2ez4jepv akan mengulas kejohanan amal itu bermula jam 4 petang sehingga 7 malam esok. 

Manakala, ChuChu akan mengulas pada jam 8 malam sehingga 12 tengah malam esok.

BACA: Jadual perlawanan minggu kedua BOSSKURR CUP

BACA: Tontonan kemuncak hari pertama BOSSKURR CUP catat 36,100 penonton

Kejohanan liga amal Bosskurr Cup yang melibatkan 16 pasukan Malaysia kini memasuki minggu kedua.

Siaran langsung BOSSKURR Cup boleh ditonton di laman Facebook rasmi Team Bosskurr.

Pada perlawanan minggu lalu menyaksikan bekas juara Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia dan Singapura musim ketiga, Geek Fam berada di ranking pertama diikuti pasukan yang sedang meningkat naik Honey Juana Clan.

BOSSKURR CUP berlangsung setiap Rabu dan Khamis bermula 12 Februari sehingga 15 April 2020. 

Ia disertai 9 pasukan dalaman organisasi Team Bosskurr dan 7 pasukan jemputan organisasi luar.

Kejohanan siri pertama itu dibawakan oleh organisasi e-sukan popular tanah air, Team Bosskurr, dihoskan Darul Khusus E-Sport dan portal e-sukan What’s The Meta Today sebagai media rasmi.

Ia turut mendapat tajaan daripada iPhone Wanted dan RED Esports. 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved