Connect with us

PUBG Mobile

PMNC: “Terima kasih kerana menyokong kami, sayang anda semua” – VIP Squad

Published

on

Menerusi kemenangan sebagai juara PMNC 2019, VIP Squad membawa pulang hadiah wang tunai RM40,000, sekali gus layak ke Liga Asia Tenggara PMCO Fall Split 2019

KUALA LUMPUR –  Aksi cemerlang yang ditonjolkan pasukan PUBG Mobile tanah air Victorious In Play (VIP) Squad dalam Kejohanan Grand Final PUBG Mobile Malaysia (PMNC) 2019 semalam memang luar biasa.

Kapten pasukan tersebut, Muhammad Afiq Abdul Aziz (Yakuza) berkata kemenangan VIP Squad dalam kejohanan itu adalah hasil usaha latihan bersama pada setiap hari.

“Dari segi corak permainan kami, memang kami berlatih hari-hari.

“Terima kasih kerana menyokong kami. Terima kasih juga kepada keluarga kami yang terus beri sokongan.

“Sayang anda semua,” kata Yakuza ketika ditemui media selepas tamat Kejohanan PMNC 2019 yang berlangsung di Quill City Mall, di sini, semalam.

BACA: VIP Squad raih Chicken Dinner keempat

EMPAT Chicken Dinner yang telah diraih VIQ Squad dalam Kejohanan PMNC 2019. – Foto What’s The Meta / MARIAH AHMAD

Dalam Kejohanan PMNC 2019 yang bertemakan ‘One Squad, One Goal’ (Satu Skuad, Satu Matlamat) itu menyaksikan VIP Squad meraih 4 Chicken Dinner iaitu pada peta Sanhok sebanyak dua kali, Miramar 1 kali, dan Erangle 1 kali.

Secara keseluruhan, VIP Squad memenangi kejohanan tersebut dengan 299 mata dan 96 kill (mata bunuh) selepas melalui 12 pusingan bersama 15 pasukan yang lain dalam Grand Final Kejohanan PMNC 2019.

Menerusi kemenangan itu juga, VIP Squad membawa pulang hadiah wang tunai RM40,000, sekali gus layak ke Liga Asia Tenggara PMCO Fall Split 2019 yang akan berlangung selama lima minggu di Bangkok, Thailand nanti.

BACA: Ranking penuh PMNC 2019

Sementara itu, dalam Kejohanan PMNC turut menyaksikan pemain VIP, Muhamad Izzrudin Hashim (Jumper) terpilih sebagai pemain terbaik, MVP.

Jelas Jumper, kemenangan peribadinya itu memang satu rezeki daripada Tuhan.

“Alhamdulillah, ini rezeki untuk jadi pemain terbaik PMNC,” katanya dengan ringkas.

Selain Yakuza dan Jumper, barisan pemain VIP Squad kali ini terdiri daripada Ahmad Zamir Mohamad Azme (Benv) dan Ahmad Danial Haiqal Abdul Rahman (Hyqul).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved