Connect with us

PUBG Mobile

PMNC: “Kami hampir berputus harapan ketika pusingan kelima” – Jr Talent

Published

on

Harapan yang sebelum ini dilihat terkubur kembali mekar, memberi sinar baharu buat Junior Talent untuk meneruskan perjuangan mereka dalam arena e-sukan PUBG Mobile. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

KUALA LUMPUR – Pasukan PUBG Mobile tanah air yang layak ke Liga Asia Tenggara PMCO Fall Split 2019 pada September nanti, Junior Talent mengakui mereka hampir berputus asa pada pertengahan jalan dalam Kejohanan PMNC 2019 semalam.

Pemain Junior Talent, Muhammad Fikri Adli MD Nizam (Ngah) berkata mereka menyifatkan seperti tiada peluang untuk berada di kedudukan teratas kejohanan itu, ketika pusingan kelima di peta Erangle sedang berlangsung.

“Kami hampir putus harapan ketika pusingan kelima. Rasa seperti tiada peluang.

“Tapi kami terus percayakan kepada diri sendri dan cuba sebaik mungkin. 

“Alhamdulillah, kami berjaya melepasinya. Saya sangat gembira ,” kata Ngah ketika ditemui media selepas tamat Kejohanan PMNC 2019.

Meski berasa seperti harapan sudah terkubur, Junior Talent bagaimanapun berjaya meraih Chicken Dinner pada pusingan itu dalam peta Erangle dengan 12 kill (mata bunuh).

Menerusi kejohanan itu juga, Junior Talent mengumpul 221 mata secara keseluruhan dengan 53 kill, sekali gus berjaya meraih tempat ketiga dan membawa hadiah wang tunai RM15,000.

BACA: Ranking penuh PMNC 2019

Sementara itu, bagi kapten Junior Talent, Mohamad Nazeri Shahrin Affan (Trixnity) berkata kejayaan Junior Talent yang berjaya mendapatkan slot ke Liga Asia Tenggara PMCO Fall Split 2019 itu memang satu kelegaan besar buatnya.

“Saya rasa lega. Jujur saya cakap, sejak beberapa bulan yang lepas, banyak tekanan yang saya hadapi. Dengan drama, konflik dan (penyesuaian) dengan barisan pemain yang baharu, memang penat.

“Tapi kami tetapi berlatih setiap hari untuk berada di tahap ini.

“Allah sahaja tahu perasaan saya sekarang. Terima kasih untuk keluarga dan penyokong Junior Talent, kami lakukan ini untuk anda,” kata Trixnity.

Mengulas mengenai peninggalan bekas kapten tersebut, NorFarah Shahira atau senang dikenali sebagai Miss Farr, Trixnity akui sukar untuk menggantikan nilai persefahaman yang telah dibentuk bersama dalam pasukan itu.

“Tiada apa yang boleh menggantikan chemistry (persefahaman) yang kami ada dengan Miss Farr.

“Tapi disebabkan ada beberapa isu, kami terpaksa bepecah. Sekarang ini, saya boleh berdoa yang kami boleh pergi jauh dan yakin dengan barisan baharu ini,” katanya.

Pada minggu lalu, Junior Talent mengumumkan pemain kompetitif Azfar Iqbal telah menggantikan slot Miss Farr dalam pasukan itu.

Dalam satu kenyataan, Junior Talent berkata pemilihan Azfar itu adalah berikutan skil individu dan rekod pencapaiannya dalam e-sukan PUBG Mobile.

Berikut adalah senarai pemain Junior Talent yang terkini: 

  • Jr. Trixnity 
  • Jr. Ngah
  •  Jr. Erynn 
  •  Jr. Bard 
  •  Jr. Azfar 

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved